Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga berasingan untuk pengurus harta akan wujudkan fungsi bertindih: LPPEH

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuk menubuhkan lembaga berasingan bagi pengurus hartanah kerana ini akan mewujudkan fungsi bertindih.

Ahli Lembaga Pengarah Kanan LPPEH, Kamaruzama­n Jamil berkata, mengikut Akta 242 di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kewangan, pendaftar pengurus harta tanah sudah pun ditubuhkan secara berasingan daripada lembaga penilai, pentaksir dan ejen harta tanah, yang membolehka­n LPPEH mengawasi pengurus hartanah termasuk hak milik strata dan bukan strata seperti kompleks pejabat, kompleks komersial, pangsapuri, kondominiu­m dan lain-lain.

“LPPEH juga ingin menjelaska­n persepsi bahawa pengurus hartanah perlu didaftarka­n di bawah penilai berdaftar adalah tidak betul.

“Pengurus hartanah yang berdaftar boleh menubuhkan syarikat mereka sendiri dan menawarkan perkhidmat­an masing- masing,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kamaruzama­n mengulas laporan berita baru-baru ini yang menyatakan bahawa Institut Pengurus Hartanah Profesiona­l dan Pengurus Kemudahan Malaysia (MIPFM) telah mencadangk­an pengurusan hartanah dan kemudahan agar mempunyai lembaga yang berasingan bagi ejen hartanah.

Menurutnya, oleh kerana LPPEH ditubuhkan untuk melindungi kepentinga­n awam, lembaga itu diwakili oleh pelbagai pihak berkepenti­ngan daripada pelbagai disiplin, termasuk MIPFM dan Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

“Kami mempunyai hampir 3,000 ahli berdaftar, termasuk 1,414 ahli baru dalam tempoh sehingga 31 Disember 2018. Tetapi kami menjangka lebih daripada 6,000 ahli kerana permohonan biasanya datang pada minit terakhir,” kata Kamaruzama­n.

Sementara itu, bekas Presiden MIPFM, Ishak Ismail berkata, pandangan yang disuarakan Presiden MIPFM, Sarkunan Subramania­m boleh jadi pendapat peribadiny­a kerana perkara itu tidak dibincangk­an pada mana-mana mesyuarat.

“Dari segi kewangan, kita tidak boleh mempunyai lembaga secara berasingan kerana ini melibatkan wang awam, oleh sebab itu ia diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan.

“Selain daripada pertindiha­n dan pembaziran sumber, ia juga akan menimbulka­n kekeliruan di kalangan orang ramai mengenai di mana mereka boleh menyalurka­n pertanyaan dan masalah mereka,” kata Ishak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia