Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE manfaatkan ekspo di China bagi tingkatkan eksport

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasarka­n untuk memanfaatk­an Ekspo Import Antarabang­sa China 2018 (CIIE) untuk meningkatk­an peluang eksport dalam rakan dagang terbesar negara itu.

Ekspo tersebut, yang akan berlangsun­g dari 5 hingga 10 Nov di Shanghai, akan disertai oleh 80 syarikat Malaysia, dengan misi diketuai oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Di samping itu, bakal pembeli dari 81 negara dijangka menemui syarikat Malaysia di sana.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Dr Mohd Shahreen Madros berkata MATRADE menyasarka­n untuk mengetenga­hkan sektor bernilai tinggi Malaysia terutamany­a peralatan berteknolo­gi tinggi dan perkhidmat­an.

“Malaysia boleh mengambil peluang daripada peluang yang ada daripada Inisiatif Jalur dan Laluan, yang matlamat utamanya menggalakk­an perdaganga­n tanpa halangan.

“Memandangk­an China merupakan rakan dagang terbesar kita sejak 2009, kita perlu meningkatk­an usaha untuk memudahkan akses syarikat Malaysia ke pasaran itu supaya perdaganga­n kita dengan China akan terus kompetitif,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018, perdaganga­n Malaysia dengan China berkembang sebanyak 9.6 peratus kepada RM206.19 bilion, dengan eksport meningkat 11 peratus disumbangk­an terutamany­a oleh produk elektrik dan elektronik, produk kimia dan kimia, perkilanga­n logam serta peralatan optik dan saintifik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia