Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n eksport Malaysia pada Sept meningkat semula menjelang semakan semula tarif AS

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd menjangka pertumbuha­n eksport Malaysia meningkat semula buat sementara waktu kepada 12.2 peratus pada September, selepas penguncupa­n kecil 0.3 peratus pada Ogos.

Dalam kenyataan, firma penyelidik­an itu berkata jangkaan lebih tinggi itu disebabkan permintaan lebih baik dari China bagi input pengantara Malaysia berikutan syarikat China berusaha untuk me- menuhi pesanan awal daripada Amerika Syarikat (AS) menjelang pusingan terkini tarif import AS yang dikenakan ke atas China pada 24 Sept.

Ketua Penyelidik­an RAM Kristina Fong berkata setakat ini, turun naik aliran perdaganga­n didorong terutamany­a oleh aktiviti itu untuk melindungi daripada peningkata­n ketara dalam kos pengeluara­n untuk perniagaan.

“Sehubungan itu, prestasi eksport dijangka mengakhiri tahun ini pada kadar rendah, melainkan terdapat satu lagi pusingan tarif yang tidak dijangka,” katanya.

Jangkaan ini turut disokong oleh pesanan eksport pembuatan China yang merosot dalam beberapa bulan ini.

Pusingan terkini semakan semula tarif menekankan kepada produk perindustr­ian dan bahan perkilanga­n, yang akan mengurangk­an tarif purata untuk kumpulan barangan ini kepada 7.8 peratus daripada 10.5 peratus, dengan kira-kira 75 peratus daripada barangan menarik penguranga­n antara sifar dan empat peratus.

“Eksport Malaysia bagi barangan ini ke China menyumbang hanya 0.4 peratus daripada jumlah eksport kita, dengan tiada kelebihan perbanding­an yang dapat dilihat dalam pengeluara­n kumpulan barangan ini.

“Oleh itu, prestasi eksport Malaysia dijangka tidak didor- ong oleh langkah liberalisa­si tarif yang terkini,” katanya.

Berbanding eksport, pertumbuha­n import dijangka berkuranga­n kepada 6.4 peratus pada September (Ogos: 11.2 peratus, tanpa rangsangan daripada tempoh bebas cukai yang menyokong permintaan import dalam tempoh tiga bulan lepas).

Secara keseluruha­nnya, lebihan perdaganga­n pada September dijangka mencecah RM13.3 bilion. — Bernama KUALA LUMPUR: Prospek pasaran hartanah Malaysia akan terus kekal stabil dan baik bagi tahun-tahun akan datang walaupun harga yang diminta bagi kediaman adalah rendah mengikut Indeks Pasaran PropertyGu­ru ( PMI), menurut portal hartanah dalam talian terkemuka, PropertyGu­ru Malaysia.

Pada suku ketiga 2018, PMI menunjukka­n harga yang diminta oleh pemaju hartanah dan pemilik individu di seluruh negara, turun 1.8 peratus daripada suku sebelumnya manakala harga berasaskan tahun ke tahun menunjukka­n penurunan 2.5 peratus.

Pengurus Negara bagi Malaysia, Sheldon Fernandez berkata Malaysia masih dianggap sebagai pasaran selamat untuk melabur, membeli dan menjual hartanah memandangk­an PMI menunjukka­n bahawa secaraamny­a Malaysia tidak mengalami penurunan mendadak antara permintaan hartanah dan penawaran pasaran.

“Bagaimanap­un, cabaran dalam pasaran masih wujud, sehingga kita mula menangani masalah kemampuan khususnya paras pendapatan dan harga hartanah.

“Paras pendapatan perlu pada kadar yang lebih tinggi kerana harga hartanah tidak akan turun untuk memenuhi permintaan,” katanya kepada Bernama.

Fernandez berkata, kerajaan perlu terus berperanan penting dalam menyelesai­kan masalah kemampuan memandangk­an ia akan menjejaska­n prestasi ekonomi negara serta kesejahter­aan rakyat.

Bagaimanap­un, sektor swasta juga seharusnya bekerjasam­a dalam mengimbang­i penawaran dan permintaan mengikut keadaan semasa.

“Seperti yang kita faham, pemaju adalah entiti perniagaan dan mereka mahu beroperasi pada tahap yang menguntung­kan untuk membiayai pertumbuha­n masa depan mereka. Terdapat peluang dan cabaran kerana reaksi mereka juga akan bergantung kepada keadaan pasaran.

“Sekiranya pemaju mengalami tekanan apabila berusaha mahu menjual produk mereka, pemaju perlu membuat beberapa pengorbana­n seperti menyediaka­n insentif lebih baik untuk pembeli,” katanya.

Selain itu, Fernandez menggesa pembeli rumah dan mereka yang berpotensi mahu membeli rumah supaya menjadi bijak dari segi penjimatan, pelaburan dan pengetahua­n hartanah agar dapat membuat keputusan yang lebih baik.

“Melangkah maju, kami berharap dapat menyaksika­n sentimen positif dan pasaran berprestas­i lebih baik pada 2020 dan selepas itu namun, ini mungkin sukar diperkatak­an memandangk­an kita perlu melihat apa yang ditetapkan oleh Belanjawan 2019 untuk industri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia