Utusan Borneo (Sarawak)

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu dapat 5,500 tempahan

-

KUCHING: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd ( ETCM) mendapat 5,500 tempahan Nissan Serena SHybrid serba baharu.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM Christophe­r Tan, sebanyak 4,000 unit telah diberikan kepada pelanggan setakat merangkumi 73 peratus daripada jumlah tempahan menjelang 30 Oktober lalu.

“Pencapaian hebat adalah hasil rekaan hebat ruang kabin yang luas dan selesa, bersama ciri-ciri keselamata­n termaju yang ada pada Nissan Serena S-Hybrid serba baharu seperti enam beg udara SRS, ‘Vehicle Dynamic Control’ (VDC) dan ‘Traction Control System’ (TCS).

“Ditambah dengan 13 konfiguras­i tempat duduk, tempat duduk sifar graviti, tempat duduk baris kedua jenis Kapten dengan perehat tangan dan tempat duduk baris ketiga boleh gelongsor menjadi sebab utama ramai keluarga di Malaysia memilih Serena sebagai MPV tujuh tempat duduk yang sempurna.

“Kilang pemasangan kami (TCMA) kini fokus untuk meningkatk­an pengeluara­n, pada masa yang sama memastikan tahap kualiti produk tertinggi dan terus mempercepa­tkan penghantar­an.

“Kami sangat berterima kasih kepada para pelanggan atas sokongan berterusan, sabar dan memahami,” katanya.

Sebagai tambahan, Nissan Serena S-Hybrid serba baharu pada Mei lepas telah memenangi Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2018 untuk kategori MPV Saiz Sederhana Terbaik dan MPV Kompak Terbaik dalam Anugerah ‘DSF.my Allianz Vehicle of the Year’ (VOTY 2018).

Nissan Serena S- Hybrid serba baharu menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L dengan pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki, Pintu Belakang Dwi-Bukaan, 7 Saluran USB, ‘Intelligen­t Around View Monitor’ ( I- AVM) dengan ‘Intelligen­t Moving Object Detection’ (I-MOD), kesinambun­gan telefon pintar melalui Apple CarPlay™ dan Android Auto ™ , ternyata menjadi penyumbang untuk menjadikan Nissan Serena SHybrid serba baharu sebagai MPV nombor satu di Jepun, MPV saiz sederhana paling laris mulai Januari hingga September tahun ini.

Pandu uji keluaran Nissan Serena S-Hybrid serba baharu dan model- model inovatif Nissan di bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www. nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.

 ??  ?? SERBA BAHARU: pengeluara­nnya. Nissan Serena S-Hybrid ditingkatk­an lagi
SERBA BAHARU: pengeluara­nnya. Nissan Serena S-Hybrid ditingkatk­an lagi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia