Utusan Borneo (Sarawak)

Condor Airlines tawar penerbanga­n terus KL-Frankfurt

-

SEPANG: Condor Airlines, pesawat komersial dari Jerman muncul pengendali penerbanga­n terbaru memilih Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai destinasi penghubung.

Ketua Pegawai Strategi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Azli Mohamed berkata pemilihan itu berupaya melonjakka­n lagi imej KLIA berdasarka­n reputasi Condor Airlines sebagai operator penerbanga­n kedua terbesar di Jerman.

“Condor Airlines, antara perintis yang mempunyai sejarah dalam industri penerbanga­n menjadi pesawat penumpang ke-58 memilih untuk beroperasi di KLIA.

“Selain berupaya meningkatk­an jumlah penumpang di KLIA, penerbanga­n terus ini juga mampu mengukuhka­n segmen ekonomi dan pelanconga­n negara,” katanya sejurus menyambut ketibaan penerbanga­n sulung Condor Airlines yang mendarat di KLIA semalam.

Ketibaan pesawat B767-300 dari Frankfurt pada jam 6.35 pagi yang disertai Duta Malaysia di Jerman, Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason itu disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaffar dan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Ketibaan pesawat yang turut membawa bersama tujuh petugas media dari Jerman itu disambut dengan water salute sebaik mendarat, manakala penumpang dihiburkan dengan persembaha­n kebudayaan oleh Tourism Malaysia.

Mengulas lanjut, Azli berkata untuk permulaan Condor Airlines menyediaka­n penerbanga­n tiga kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Frankfurt iaitu pada Selasa, Jumaat dan Ahad manakala Isnin, Khamis dan Sabtu bagi Frankfurt ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Kamarudin dalam ucapan alu-aluannya memuji usaha itu dengan berkata ia adalah tepat pada masanya, terutama dalam usaha untuk melancarka­n kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau berkata ia juga menunjukka­n minat yang tinggi oleh kerajaan untuk mengukuhka­n kehadiran negara di pasaran Jerman, iaitu Malaysia sering menjadi rakan dagang utama Jerman dalam kalangan negara ASEAN.

“Dengan tawaran laluan baharu ini, saya berharap ia akan menawarkan perkhidmat­an lebih baik kepada rakan kongsi kedua-dua negara dan jaminan komitmen kami untuk pertumbuha­n pelanconga­n yang lebih baik dan lengkap,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia