Utusan Borneo (Sarawak)

Mundaw bersara selepas 41 tahun berkhidmat, seru pegawai dan anggota teruskan perjuangan ATM.

-

KUCHING: Datuk Stephen Mundaw mengakhiri perkhidmat­annya selama 41 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat semalam.

Beliau yang bersara wajib menyerahka­n tugas kepada Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain sebagai Panglima Medan Timur Ketiga.

Bercakap kepada media, Mundaw berpesan kepada pegawai dan anggota yang akan meneruskan perjuangan serta warisan ATM agar berkhidmat dengan penuh komitmen dan berdedikas­i.

“Apa sahaja yang kita buat hendaklah kita fokus dan melakukann­ya dengan sebaik mungkin dengan penuh komitmen, berdedikas­i serta berintegri­ti.

“Jangan buat tugas bagai melepaskan batok di tangga, itulah prinsip yang saya pegang sepanjang 41 tahun dalam perkhidmat­an,” katanya.

Beliau berkata, prinsip itu boleh menjadi panduan kepada anak muda yang berminat berkhidmat dalam ATM.

Upacara menandatan­gani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa Pemerintah­an Medan Timur disaksikan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Pembarisan Serah Terima Tugas yang diadakan di Padang Kawad Kem Muara Tuang melibatkan 27 Pegawai dan 473 anggota lain-lain pangkat.

Mundaw mula memegang jawatan sebagai Panglima Medan Timur Kedua menggantik­an Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar yang bersara wajib pada Mei lepas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia