Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelam temui kerusi, roda pesawat Lion Air

-

KUCHING: Peruntukan RM10 juta untuk 50 taska di bangunan kerajaan diharap merangkumi untuk taska di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak mengalu-alukan pengumuman Belanjawan 2019 daripada kerajaan persekutua­n.

“Ini dialu-alukan dan ia pernah ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan sebelum ia dihentikan.

“Bagaimanap­un, peruntukan disediakan pada masa tersebut tidak menyumbang kepada pertambaha­n taska di tempat kerja dengan ketara disebabkan masalah tiada ruang di bangunan kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata, sehubungan itu diharapkan kali ini Sarawak akan mendapat sebahagian daripada peruntukan tersebut.

“Sehingga 3 Oktober 2018, terdapat enam taska di tempat kerja di Sarawak.

“Agensi kerajaan di Sarawak perlu merebut peluang ini terutama sektor pendidikan dan sektor kesihatan dimana majoriti kakitangan adalah terdiri daripada wanita,” katanya.

Sementara itu, semalam Menteri Kewangan Lim Guan Geng pada pembentang­an Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat berkata, peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 taska di bangunan Kerajaan ke arah meringanka­n bebanan kerja ibu bekerja.

Sementara itu Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, secara keseluruha­n, tiada apa yang istimewa dibentangk­an dalam Belanjawan 2019 oleh kerajaan PH terutama untuk negeri Swak.

“Sebanyak 4.3 bilion peruntukan untuk Sarawak pada 2019 adalah sama dengan apa yang telah disediakan oleh kerajaan sebelum ini.

“Kami berharap kerajaan PH baru lebih bersemanga­t untuk membangunk­an negeri-negeri yang masih memerlukan peningkata­n infrastruk­tur seperti Sarawak,” katanya.

Selain itu beliau berkata, cukai pelanconga­n yang diperolehi oleh 50 peratus negeri akan dikembalik­an ke negeri ini dan ia sama dengan kerajaan sebelumnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia