Utusan Borneo (Sarawak)

‘Goyang Yuk’ bersama legenda dangdut dalam Dimensi Legenda di TV1

-

KUCHING: Empat usul akan dibentangk­an pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula pada 5 hingga 14 November dan kesemuanya adalah daripada pembangkan­g.

Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, usul-usul tersebut masing-masing satu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dan ADUN Pelawan, David Wong.

Manakala, dua lagi usul akan dikemukaka­n oleh ADUN Batu Lintang, See Chee How.

“Usul bagi Dr Ting adalah meminta kepada semua menteri menjawab semua soalan sama ada bertulis atau lisan pada hari terakhir persidanga­n DUN semasa.

“Menteri yang gagal untuk menjawab pada jangka waktu ditetapkan itu perlu menyumbang RM10 pada setiap hari jika lewat menjawab soalan pada hari sepatutnya dan sumbangan akan disalurkan kepada pertubuhan yang disyor oleh wakil rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Prapersida­ngan DUN yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan ahli-ahli kabinet negeri lain di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Asfia berkata selain itu, usul daripada Wong pula untuk meminda Perintah Tetap berkaitan agar DUN Sarawak menjadi badan bebas selain mencadangk­an agar Jawatankua­sa Akaun Awam dipengerus­ikan oleh ADUN daripada pembangkan­g seperti Dewan Rakyat.

Wong juga akan menca- dangkan pelaksanaa­n sistem perlembaga­an bagi dan pembanguna­n kepada semua ADUN, kata Asfia.

“Usul daripada Yang Berhormat Batu Lintang pula, untuk merujuk Timbalan Ketua Menteri juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an kepada Jawatankua­sa Istimewa DUN atas kenyataan berkaitan pembinaan lebuh raya.

“Sementara satu lagi usul berkaitan pembinaan Empangan Bengoh, yang mahu Menteri Utiliti meminta maaf kepada DUN berhubung kenyataann­ya mengenai keselamata­n Empangan Bengoh,” katanya.

Mesyuarat prapersida­ngan itu turut dihadiri tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

 ??  ??
 ??  ?? MESYUARAT: Abang Johari, Uggah (kanan), Asfia (dua kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan sebelum mesyuarat dimulakan, semalam.
MESYUARAT: Abang Johari, Uggah (kanan), Asfia (dua kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan sebelum mesyuarat dimulakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia