Utusan Borneo (Sarawak)

MBM kutip RM41j cukai taksiran

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) berjaya mengutip kira-kira RM41 juta cukai taksiran 2018 sehingga Oktober lalu.

Datuk Bandarnya Adam Yii berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian majlis dalam pengumpula­n cukai berkenaan dan berharap dapat meningkatk­an lagi kutipan 2018 sebelum akhir tahun ini.

“Berdasarka­n rekod sehingga 31 Oktober lalu, kita berjaya mengutip sejumlah 85.9 peratus cukai taksiran daripada pembayar cukai.

“Malah, ia menunjukka­n peningkata­n yang baik berbanding tahun sebelumnya dan kita berharap dengan berbakinya dua bulan lagi untuk tahun ini, lebih ramai pembayar cukai akan terus menyelesai­kan pembayaran mereka,” jelasnya.

Malah, ia menunjukka­n peningkata­n yang baik berbanding tahun sebelumnya dan kita berharap dengan berbakinya dua bulan lagi untuk tahun ini, lebih ramai pembayar cukai akan terus menyelesai­kan pembayaran mereka.

Yii berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Hari Bersama Pelanggan MBM di Boulevard Shopping Mall di sini, semalam.

Menurut Yii, beliau tidak menafikan program cabutan bertuah yang diperkenal­kan kepada pembayar cukai tahun ini turut menjadi antara galakan kepada pembayar cukai untuk menyelesai­kan cukai taksiran masingmasi­ng.

Sejak diumumkan, terdapat kenaikan dalam pembayaran secara beransur-ansur.

Kata Yii, pemenang cabutan bertuah untuk Pembayar Cukai Pintu 2018 yang terbuka kepada semua pemilik hartanah di Miri akan diumumkan pada penghujung bulan ini.

“Pemenang akan dipilih secara digital dan diumumkan pada penghujung bulan ini (November), manakala majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang dijangka akan dilaksanak­an pada Disember kelak,” katanya.

Sejumlah 79 hadiah di- tawarkan dan tiga motosikal merupakan hadiah utama cabutan bertuah tersebut, selain hadiah-hadiah menarik lain seperti sepuluh basikal, tiga telefon pintar, tiga televisyen, tiga unit pendingin hawa, dua mesin basuh serta banyak lagi.

Terdahulu, menerusi Hari Bersama Pelanggan berkenaan, MBM menerima 24 jumlah aduan dan permohonan mengenai perkhidmat­an yang disediakan.

Daripada jumlah itu, empat aduan adalah dari Bahagian Penyelengg­araan Kebersihan Awam, Bahagian Kejurutera­an (10 aduan), Bahagian Landskap (tiga aduan), Bahagian Kesihatan Awam (dua aduan), Bahagian Penguatkua­saan (tiga aduan) dan dua aduan pada bahagian lain-lain.

Aduan terbabit antaranya mengenai kebersihan jalan raya, perkhidmat­an pemotongan rumput dan pokok, isu pembuangan sampah, penyelengg­araan longkang, parkir, dan keindahan landskap di sekitar bandar raya Miri.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar MBM Julaihi Mohamad serta kaunselork­aunselor MBM.

Adam Yii Datuk Bandar MBM

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Yii (duduk tiga kiri) bersama antara kaunselor MBM yang hadir menjayakan Hari Bersama Pelanggan di Miri, semalam.
UNTUK ALBUM: Yii (duduk tiga kiri) bersama antara kaunselor MBM yang hadir menjayakan Hari Bersama Pelanggan di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia