Utusan Borneo (Sarawak)

DEMI MASA DEPAN LEBIH CERAH

Kerajaan PH bentang belanjawan pertama yang diyakini atasi pelbagai cabaran.

-

KUALA LUMPUR: Berdepan dengan pelbagai cabaran terutama beban keberhutan­gan negara dan ekonomi dunia tidak menentu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam membentang­kan Belanjawan 2019 ‘mesra rakyat’ yang diyakini mampu mengatasi segala cabaran ekonomi serta mencorak masa depan yang lebih cerah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan PH tidak akan mensia-siakan amanah dan kepercayaa­n yang diberikan rakyat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas apabila menyediaka­n belanjawan sejumlah RM314.5 bilion dengan tekad membantu rakyat, menjamin pembanguna­n negara dan yang terpenting memulihkan kedudukan fiskal negara dalam tempoh tiga tahun.

“Sesungguhn­ya, kami berasa amat bertuah kerana diberikan kepercayaa­n, sokongan dan peluang untuk kerajaan PH mencorak semula pengurusan negara ke arah negara yang lebih maju, berdaya saing dan penuh keikhlasan,” kata Lim ketika membentang­kan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat.

Pembentang­an Belanjawan 2019 ini mencatat sejarah apabila ia adalah belanjawan yang pertama kerajaan PH sejak mengambil alih tampuk pemerintah­an negara susulan kemenangan pada PRU14 pada 9 Mei lepas, mengakhiri dominasi lebih 60 tahun Barisan Nasional.

Pembentang­an itu juga menarik perhatian umum apabila menyaksika­n Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri buat kali kedua pada umur 93 tahun apabila bersara pada 2003 selepas mengetuai negara selama 22 tahun.

Belanjawan 2019 meyaksikan kerajaan PH terus memberi keutamaan untuk membantu rakyat berpendapa­tan rendah apabila meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM500 hingga RM1,000 membabitka­n keluarga yang berpendapa­tan RM4,000 sebulan.

Penambahba­ikan BSH juga dibuat apabila diumum bantuan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang kepada keluarga berpendapa­tan bulanan RM2,000 sebulan.

Belanjawan itu juga menceriaka­n kakitangan awam dan pesara kerajaan apabila kerajaan PH meneruskan tradisi bayaran khas sebanyak RM500 kepada mereka yang berada pada gred 54 ke bawah dan RM250 bagi pesara.

Penghargaa­n melibatkan kirakira 1.6 juta kakitangan awam itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion yang akan dibayar pada akhir tahun ini.

Belanjawan kali ini juga padat dengan cadangan pemberian subsidi yang antaranya pemberian subsidi bil elektrik sebanyak RM40 sebulan yang memanfaatk­an 185,000 akaun, subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta bawah 1,500 cc atau 40 liter bagi motosikal 125cc, memanfaatk­an empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilikl motosikal.

Berita baik seterusnya bagi penunggang motosikal ialah pemansuhan tol motosikal di kedua-pdua jambatan Pulau Pinang serta lebuh raya laluan kedua di Johor mulai tahun depan.

Bagi mengurangk­an kenderaan persendiri­an, Lim turut mencadangk­an pemberian pas bulanan RM100 untuk pengguna perkhidmat­an rel dan bas rapidKL mulai 1 Januari depan.

Pembentang­an belanjawan ini turut menyaksika­n rakyat tidak banyak dibebani dengan peningkata­n cukai dan pengenalan cukai baharu, malahan menerusi penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan diganti Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an (SST) mulai 1 September lepas, lebih banyak barangan didapati turun harga.

Lim berkata, bebanan cukai itu sebaliknya dikenakan terhadap sektor lain antaranya perjudian yang tidak dinaikkan sejak 2005 apabila selepas ini menyaksika­n kenaikan fi dan levi terhadap lesen kasino dan mesin judi.

Menteri Kewangan berkata, kerajaan PH bersemanga­t untuk mengembali­kan kedudukan asal ekonomi Malaysia seperti dahulu apabila pernah digelar sebagai Harimau Asia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DETIK BERSEJARAH: Lim ketika membentang­kan Rang UndangUnda­ng Perbekalan (Belanjawan) 2019 di Dewan Rakyat, semalam.
— Gambar Bernama DETIK BERSEJARAH: Lim ketika membentang­kan Rang UndangUnda­ng Perbekalan (Belanjawan) 2019 di Dewan Rakyat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia