Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga jual barangan terkawal di bawah harga maksimum

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mendapati peniaga-peniaga di negeri ini menjual barangan terkawal di bawah harga yang ditetapkan sempena musim perayaan Deepavali.

Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Dalam Negeri dan Antarabang­sa, Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Abdul Halim Hussain berkata tinjauan yang dijalankan di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor di sini mendapati ada peniaga menjual barangan mengikut harga kawalan maksimum dan ada yang di bawah harga kawalan.

“Kita galakkan peniaga untuk menjual barangan di bawah harga kawalan maksimum yang kita tetapkan. Kalau mereka boleh letakkan harga yang lebih rendah daripada harga kawalan yang itu kita alu-alukan.

“KPDNHEP berharap semua peniaga mematuhi skim kawalan harga yang kita tetapkan. Kesalahan tidak meletakkan harga dan tidak menjual pada harga skim kawalan itu sudah tentunya kita ada denda,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n ‘walkabout’ Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali peringkat negeri di Pasar Taman Tun Sardon, di sini semalam.

Sebanyak 16 jenis barangan disenaraik­an di bawah skim itu bersempena sambutan Deepavali yang bermula hari ini hingga 9 Nov seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan dan import bertulang, daging biri-biri import bertulang, telur ayam, tomato, kelapa biji dan parut, bawang besar, ubi kentang dan kacang dal.

Abdul Halim berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung peniaga yang tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP.

“Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undangunda­ng berkenaan dengan skim ini pengguna boleh menyalurka­n aduan kepada kementeria­n melalui talian 03-80008000 My Govern- ment Call Centre, e-mel ke alamat e-aduan@kpdnhep. gov.my atau SMS ke 15888 dengan menaip ‘KPDNHEP ADUAN ,” katanya.

Beliau berkata KPDNHEP turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan selain memperkuku­hkan pemantauan harga dengan mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Walaupun tiada lawatan atau pemeriksaa­n rasmi dibuat, kita ada pegawai terpilih untuk membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.

“Ini kerana kita bimbang peniaga hanya mematuhi per- aturan ketika waktu pemeriksaa­n sahaja dan di waktu lain mereka mengubah semula harga,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Abdul Halim (tiga kanan) ketika tinjauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 di Pasar Awam Taman Tun Sardon dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Abdul Halim (tiga kanan) ketika tinjauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 di Pasar Awam Taman Tun Sardon dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia