Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah permulaan membela kebajikan golongan berkenaan

-

PARIT BUNTAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merancang untuk menyerap antara 1,000 hingga 3,000 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke dalam jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata untuk tujuan itu pihaknya dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) akan membuat saringan terhadap guru berkenaan sebelum mereka diserap ke jawatan tetap.

“Proses saringan itu daripada segi prestasi, khidmat dan kelulusan akan dibuat oleh JAKIM dengan JPA. Kita berharap melalui proses ini sekurang-kurangnya 1,000 hingga 3,000 guru KAFA dapat dilantik (ke jawatan tetap),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian dekat sini semalam.

Dianggarka­n terdapat 31,460 guru KAFA bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis KAFA seluruh negara ketika ini.

Mengulas mengenai Belanjawan 2019 yang dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin, Mujahid berkata ia membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap semua kaum di negara ini.

“Selain itu, dalam kekangan hutang kita (kerajaan) cari jalan bagaimana menjana pendapatan negara supaya golongan B40 ada pendapatan boleh guna,” katanya.

Mengenai Karnival Sinar Harapan, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata program dua hari mulai semalam diadakan bagi meraikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). — Bernama

Proses saringan itu daripada segi prestasi, khidmat dan kelulusan akan dibuat oleh JAKIM dengan JPA. Kita berharap melalui proses ini sekurangku­rangnya 1,000 hingga 3,000 guru KAFA

tetap). ” dapat dilantik (ke jawatan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK: Mujahid (dua kiri) menunjukka­n gimik perasmian dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) Amirul Hashim Abdullah (duduk) selepas merasmikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian dekat Parit Buntar, semalam.
— Gambar Bernama GIMIK: Mujahid (dua kiri) menunjukka­n gimik perasmian dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) Amirul Hashim Abdullah (duduk) selepas merasmikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian dekat Parit Buntar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia