Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan MSPO mampu lonjak eksport minyak sawit negara

-

KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit negara dijangka melonjak selepas semua pekebun kelapa sawit memiliki pensijilan minyak sawit malaysia (MSPO) yang sedang giat dilaksanak­an, ketika ini.

Sehubungan itu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok yakin cadangan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kelmarin, dapat membantu industri kelapa sawit untuk terus berkembang dan meningkatk­an harga komoditi tersebut.

“Aspek pensijilan ini amat penting untuk (hasil) minyak sawit. Harga minyak sawit misalnya, ada turun naik yang disebabkan beberapa perkara.

“Namun, dengan memiliki pensijilan MSPO ini, saya yakin nilai eksport akan meningkat, sama dengan keyakinan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen, sebagai mengulas pembentang­an Belanjawaa­n 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang turut membabitka­n kepentinga­n komoditi itu.

Selain itu, mengulas sektor getah pula, Kok berkata kementeria­n itu akan menggunaka­n peruntukan RM100 juta membabitka­n penggunaan bitumen terubah suai getah bekuan bagi pembinaan jalan raya getah selain untuk menjalanka­n kajian penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Langkah ini akan membantu menstabilk­an harga getah.

“Dalam belanjawan itu turut menyatakan bahawa jalan raya getah akan diperluask­an di kawasan pelabuhan dan perindustr­ian secara berperingk­at,” katanya.

Kerajaan turut bercadang untuk menyediaka­n Insentif Pengeluara­n Getah ( IPG) dengan peruntukan RM50 juta bagi membantu pekebun kecil apabila harga getah bawah RM2.20 sekilo. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia