Utusan Borneo (Sarawak)

PUTERI DANG BALAI RAMPAS ‘RAJA SUNGAI’

Dinobatkan juara kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki pada temasya Regata Sarawak 2018 semalam

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Gelaran Raja Sungai dirampas pasukan Puteri Dang Balai mewakili Yayasan Sarawak tahun ini setelah dinobatkan juara kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki pada Regata Sarawak 2018 yang melabuhkan tirai di Tebingan Kuching semalam.

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n pasukan tersebut merangkul piala rebutan utama Piala TYT (Yang diPertua Negeri) dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta piala iringan.

Tempat kedua dimenangi pasukan Ranger 1966 dan ketiga juga dimenangi Yayasan Sarawak dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000 dan RM6,000 serta piala iringan.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mewakili Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil, Sederhana dan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan.

Bagi kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki VIP, juara dimenangi pasukan ADUN Tupong Fazzruddin Abdul Rahman manakala tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng dimenangi pasukan Ernaz Cahaya Zen (YB Dr Annuar Rapa’ee) dan Pusaka (Timbakan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan).

Kategori Bidar 25 Pekayuh Lelaki (Piala Petronas), juara dirangkul pasukan Cahaya Zen manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Jang Sebauh Bintulu dan Landas 26.

Kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Piala Petra Energy) dimenangi Jabatan Tanah dan Survei (Landas 36) manakala tempat kedua dan ketiga di- menangi Jang Pantai Damai dan Landas 38.

Sementara itu, pasukan Cats FM muncul juara bagi kategori 20 Pekayuh Lelaki manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Landas 54 dan Puteri Dang Balai.

Kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki ( Antara Bahagian), juara dimenangi Buraq Terbang N3 Tanjung Datu manakala naib juara Udak Samarahan dan tempat ketiga diraih Pusaka.

Dalam kategori Bidar 20 Pekayuh Campuran (15 lelaki dan lima wanita), pasukan Udak merangkul gelaran juara diikuti Yayasan Sarawak di tempat kedua dan Buraq Terbang N3 Tanjung Datu (ketiga).

Kategori Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki ( IPTA/ IPTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Teguh Bersama muncul juara diikuti Swinburne Pirates (kedua) dan UNIMAS Gemilang (ketiga).

Bagi kategori Bidar 15 Pekayuh Campuran (10 lelaki dan lima wanita), gelaran juara dimenangi pasukan Udak diikuti Buraq Terbang N3 Tanjung Datu di tempat kedua dan Imbok PBB N13 Batu Kitang meraih tempat ketiga.

Sementara itu, Keris Terbang Jang Kuching merangkul gelaran juara kategori Balok 7 Pekayuh Lelaki manakala tempat kedua dimenangi Imbok PBB N13 Batu Kitang dan tempat ketiga diraih Pusaka Tiga.

Kategori Bidar 10 Pekayuh Lelaki, juara dimenangi Keris Terbang 10A diikuti pasukan RG4RC Satu di tempat kedua dan pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak di tempat ketiga.

Bagi kategori Kenyalang 20 Pekayuh Campuran (15 lelaki dan lma wanita) IPTA/IPTS, UNIMAS Teguh Bersama meraih juara diikuti Swinburne Pythons (naib juara) dan tempat ketiga dimenangi UNIMAS Gemilang.

 ??  ??
 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan Yayasan Sarawak meraikan kemenangan selepas berjaya merampas gelaran Raja Sungai sempena Regata Sarawak 2018.
KAMI JUARA: Pasukan Yayasan Sarawak meraikan kemenangan selepas berjaya merampas gelaran Raja Sungai sempena Regata Sarawak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia