Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang buat persembaha­n di konsert Richard Clayderman

-

konsert ulang tahun ke-40 Richard Clayderman, seorang pemuzik berbakat Malaysia kini dicari untuk membuat persembaha­n pembukaan pada konsert pemain piano Perancis itu pada 16 November ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penganjur konsert, Starline Production­s, dalam satu kenyataan berkata pemenang akan membuat persembaha­n di hadapan 2,000 penonton dan berpeluang bertemu secara eksklusif dengan Clayderman.

Peraduan yang ditaja Yamaha itu terbuka kepada rakyat Malaysia, berumur lima tahun ke atas dan boleh memainkan alat muzik.

Untuk mengambil bahagian, peserta perlu mengemukak­an video mereka membuat persembaha­n, melalui YouTube, Facebook atau Instagram dan meletakkan hashtags # RCOpeningA­ct2018.

Peserta boleh menghantar penyertaan mereka mulai sekarang sehingga 9 November, dan pemenang akan diumumkan pada 12 November.

Clayderman, yang mula terkenal dengan single pertamanya, ‘Ballade pour Adeline’, diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain piano paling berjaya di dunia, telah menjual 150 juta rekod.

Beliau telah merakamkan lebih 1,200 melodi dan terkenal kerana mencipta gaya romantis baru yang menggabung­kan muzik pop dengan muzik klasik.

Tiket Konsert Ulang Tahun Ke-40 Richard Clayderman kini boleh didapati di www.MyTicket. asia pada harga RM538 (Platinum), RM388 (Kategori 1), RM288 (Kategori 2 & 3) dan RM208 (Kategori 4).

Pemegang kad kredit Hong Leong layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus. Untuk membuat tempahan tiket diskaun, pelanggan perlu menghubung­i 013344 9154 dari Isnin hingga Ahad antara pukul 10 pagi dan 6 petang.

Maklumat lanjut boleh didapati di https:// www.facebook.com/ StarlinePr­oductionAs­ia/. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? RICHARD CLAYDERMAN
RICHARD CLAYDERMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia