Utusan Borneo (Sarawak)

Filipina mengusir biarawati Australia

Fox yang giat membantu penduduk miskin dihantar pulang kerana kecam Duterte

-

MELBOURNE: Seorang biarawati tua dari Australia yang kalah dalam perbalahan undang- undang yang panjang dengan Manila bagi menghalang penghantar­an pulangnya mengecam ‘ kebangkita­n kezaliman’ Presiden Filipina Rodrigo Duterte sebaik pulang ke negara asalnya semalam.

Sister Patricia Fox, yang menghabisk­an hampir tiga dekad bekerja dengan para buruh, petani dan penduduk miskin bandar di Filipina, dituduh terlibat secara haram dalam aktiviti politik ketika kerajaan Duterte bertindak terhadap pengkritik asing di negaranya.

Biarawati berusia 71 tahun itu dikatakan menimbulka­n kemarahan presiden bengis tersebut dengan menyertai misi mencari fakta pada April untuk menyiasat pencabulan ke atas para petani, termasuk pembunuhan dan pengusiran oleh anggota tentera yang menentang gerila di selatan Filipina.

Disambut penyokong di lapangan terbang Melbourne, Fox memberitah­u wartawan beliau gembira untuk pulang semula namun mengakui amat sukar untuk melakukany­a.

“Buat masa sekarang, pencabulan hak asasi manusia di Filipina telah meningkat dan ia merupakan satu kebangkita­n kezaliman,” jelas Fox.

“Terdapat budaya bebas daripada hukuman untuk tempoh yang panjang dan keadaan bertambah buruk.”

Fox ditangkap seketika atas tuduhan melanggar tempoh visanya berikutan tindakan aktivis dan menentang bi- rokrasi di Filipina yang mula bertindak untuk menghalaun­ya.

Pihak berkuasa imigresen minggu lepas enggan melanjutka­n visa pelawatnya dan mengarahka­nnya keluar kelmarin.

Beliau memutuskan untuk kembali ke Australia berbanding berdepan risiko dihalau.

Pihak berkuasa gereja sebelum ini mengkritik polisi Duterte, terutama perang antidadahn­ya yang menyebabka­n hampir 5,000 orang terkorban sejak beliau memegang jawatannya pada 2016.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa angka kematian sebenar kira-kira lima kali ganda jumlah tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEBAK: Fox dikerumuni para penyokong sebaik tiba di balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Manila di Manila, kelmarin.
— Gambar AFP SEBAK: Fox dikerumuni para penyokong sebaik tiba di balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Manila di Manila, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia