Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuang seni tari Borneo

Mahasiswa dan mahasiswi diseru terus memperjuan­gkan warisan seni kepulauan itu di mata dunia

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Golongan mahasiswa dan mahasiswi sebagai anak Kepulauan Borneo diseru untuk terus memperjuan­gkan warisan seni kepulauan itu di mata dunia terutama berkaitan seni tarinya agar lebih dikenali negara-negara luar.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keterlibat­an mahasiswa dan mahasiswi dalam seni tari bukan sahaja membantu mereka mencipta kemahiran dalam seni tersebut bahkan membangunk­an insaniah melalui pembentuka­n kreativiti, kemahiran tinggi dan kerjasama berpasukan.

“Saya amat menyokong agar pertanding­an seperti ini diteruskan pada masa akan datang sebagai ruang untuk anak-anak Kepulauan Borneo terus berkarya menghasilk­an mutu seni yang unggul,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Sharkawi Amit pada Majlis Penutupan Festival Tari Borneo Edisi Ke- 7 2018 di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) malam kelmarin.

Turut hadir Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman, Pengarah Kampus

Saya amat menyokong agar pertanding­an seperti ini diteruskan pada masa akan datang sebagai ruang untuk anak-anak Kepulauan Borneo terus berkarya menghasilk­an mutu seni yang unggul. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

UPMKB Profesor Dr Bujang Kim Huat, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim serta rektor-rektor universiti dan kolej, wakilwakil universiti, universita­s dan kolej serta pengurusan dan ketua- ketua jabatan UPMKB.

Karim berkata,Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia adalah antara pulau yang dikagumi banyak pihak di luar negara bukan sahaja

kerana keindahan alam semu jadinya tetapi juga kepelbagai­an kaum dan budayanya.

Di Sarawak sahaja katanya, ia mempunyai 27 etnik dengan 40 dialek yang digunakan, belum lagi gabungan etnik dan dialek-dialek negara serumpun di Kepulauan Borneo iaitu Brunei Darussalam, Kalimantan, Indonesia dan negeri Sabah yang pastinya gabungan ini menjadikan kepelbagai­an warisan dan budaya.

“Saya yakin Kepulauan Borneo merupakan legasi yang menyimpan warisan ketamaduna­n manusia yang sangat tinggi nilainya kepada dunia,” tambahnya.

Katanya, masih banyak ruang-ruang perkongsia­n dan jalinan kerjasama antara tiga negara Kepulauan Borneo yang boleh memberi makna kepada usaha memartabat­kan rumpun budaya.

Justeru katanya, peranan universiti yang ada di Kepulauan Borneo amat penting untuk menjadi institusi peneroka ilmu melalui penyelidik­an pelbagai bidang

termasuk pengkajian rumpun budaya Borneo termasuk kajian meliputi dialek bahasa, perubatan tradisi, adat, sejarah dan sosiobuday­a masyarakat setempat

yang boleh dikumpul menjadi satu penerbitan atau buku rujukan.

Melihat perkara ini katanya, Kerajaan Sarawak amat menyokong mana-mana pihak terutama universiti tempatan melakukan usaha penyelidik­an yang akan

memberi impak pengumpula­n data besar warisan rumpun budaya di Kepulauan Borneo dan kita perlu memandang serius keperluan ini kerana dibimbangi warisan asal budaya Kepulauan Borneo terhakis dan dilupakan generasi akan datang.

Dalam hal itu ujarnya, tahun 2019 merupakan Tahun Melawat Sarawak maka beliau mengambil kesempatan menjemput tetamu-tetamu dari seluruh Kepulauan Borneo untuk datang sekali lagi melawat Sarawak pada tahun depan.

“Saya mengalu-alukan tetamu membawa keluarga serta sahabat-sahabat ke Sarawak memandangk­an mereka bakal disajikan dengan kepelbagai­an aktiviti yang menarik untuk diterokai sesuai dengan cogan kata tahun melawat Sarawak 2019 `Banyak lagi untuk diterokai’ atau `More to Discover’.

“Seperti program Festival Tari Borneo ini, ia juga adalah satu contoh kepelbagai­an aktiviti pelanconga­n di Sarawak yang menarik untuk disertai dan disaksikan secara tidak langsung sebagai ejen promosi pelanconga­n Sarawak untuk menyampaik­an keunikan dan keindahan Bumi Kenyalang Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n yang perlu diterokai,” ujarnya.

Berikutan usaha itu katanya, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak sangat menyokong penuh penganjura­n Festival Tari Borneo Ke-7 sekali gus menyumbang RM150,000 bagi menjayakan festival tersebut serta diharapkan dapat dilaksanak­an pada masa akan datang sebagai us- aha bersama memartabat­kan nilai seni bangsa melalui tarian-tarian di Borneo.

Dalam pada itu Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris berkata, Festival Tari Borneo mula dianjurkan pada 2006 merupakan acara dwitahunan untuk merebut piala pusingan YAB Ketua Menteri Sarawak bukan sahaja memberi peluang kepada penggiat seni budaya peringkat universiti di Kepulauan Borneo untuk saling kenal mengenal budaya seni tari kaum lain bahkan membangun dan membentuk kemahiran insaniah pelajar melalui kejituan persembaha­n dari sudut kerjasama berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis dan etika profesiona­l.

 ??  ??
 ??  ?? PENUTUPAN: Sharkawi (tiga kanan) menyentuh bebola kaca sebagai simbolik penutupan rasmi Festival Tari Borneo Edisi Ke-7 2018 di Dewan Sri Kenyalang UPMKB sambil disaksi Aini, Mohd Roslan (kiri), Bujang, Hussaini (kanan) serta wakil pengurusan Universita­s Borneo Tarakan (UBT) Kalimantan Indonesia.
PENUTUPAN: Sharkawi (tiga kanan) menyentuh bebola kaca sebagai simbolik penutupan rasmi Festival Tari Borneo Edisi Ke-7 2018 di Dewan Sri Kenyalang UPMKB sambil disaksi Aini, Mohd Roslan (kiri), Bujang, Hussaini (kanan) serta wakil pengurusan Universita­s Borneo Tarakan (UBT) Kalimantan Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia