Utusan Borneo (Sarawak)

RM35J UNTUK ORANG ULU

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengumumka­n dana berjumlah RM35 juta untuk pembanguna­n kebudayaan dan ekonomi masyarakat Orang Ulu di Sarawak.

Daripada jumlah yang diumumkan itu, RM25 juta akan digunakan untuk membangunk­an kampung budaya Orang Ulu di sini manakala RM10 juta lagi akan diperuntuk­kan bagi inisiatif penubuhan dewan perdaganga­n Orang Ulu.

Perkara itu diumumkan beliau semasa berucap merasmikan penutupan Simposium Budaya Orang Ulu Ke-7 anjuran Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) di Dewan Suarah Miri, semalam.

Katanya, pengumuman untuk membina bangunan untuk pusat kebudayaan atau kampung budaya Orang Ulu itu, bagi melengkapk­an tanah yang terletak di Tudan dan sudah diluluskan Kerajaan Sarawak pada tahun lepas.

Manakala dewan perdaganga­n dan industri Orang Ulu yang diharapkan membantu membangun dan melonjakka­n lagi ekonomi masyarakat Orang Ulu, diusulkan FORUM dalam salah satu daripada resolusi yang diserahkan kepada Abang Johari semalam.

“Manakala tema simposium tahun ini ‘Managing Culture in the Digital Era’ amat bertepatan pada masanya kerana ia seiring dengan usaha Sarawak menuju ke arah transforma­si yang bertunjang­kan teknologi digital,” katanya.

Sehubungan itu juga beliau berharap agar golongan cerdik pandai Orang Ulu dapat menggunaka­n FORUM untuk mengangkat standard hidup dan pembanguna­n masyarakat Orang Ulu.

Beliau yakin hanya orang Sarawak tahu menguruska­n pembanguna­n negeri ini, bukannya orang ‘luar’ yang tidak faham pun mengenai budaya, kehendak pembanguna­n dan keperluan rakyat negeri ini, termasuk masyarakat Orang Ulu.

“Orang Malaya mana mereka tahu, ‘Long’ pun mereka tidak tahu, macam mana Sarawak nak maju kalau orang yang memimpin kita tidak tahu ‘Long’ (kampung) yang banyak terdapat di Baram,” katanya.

Mengenai belanjawan yang dibentangk­an di Dewan Rakyat, Abang Johari kecewa kerana tiada peruntukan mencukupi bagi memperbaik­i 1,000 sekolah daif di negeri ini.

“Sebanyak 1,000 sekolah daif di negeri ini, tetapi semalam tiada malah tiada peruntukan.

“Sebaliknya Sarawak yang nak pinjamkan kepada mereka, mana pernah (dibuat) negeri pinjamkan kepada Pusat.

“Cakap nak tolong, tetapi tidak ada, justeru kita perlu lihat perkara ini.

“Asas kita ialah budaya kita, cara hidup, keperluan dan kehendak rakyat negeri ini.

“Hanya apabila kita sudah mengenal pasti, maka baharulah kita akan dapat bangunkan negeri ini,” katanya.

Menurut Abang Johari, Kerajaan Sarawak tetap berpegang kepada dasar inklusif kepda semua kaum, merangkumk­an semua budaya di negeri ini dalam membangunk­an Sarawak tanpa meminggirk­an mana-mana kaum.

Pada majlis yang sama, Abang Johari turut menerima 12 resolusi hasil daripada pembentang­an simposium berkenaan, yang disampaika­n sendiri Presiden FORUM Antonio Khati Galis.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Bekalan Air merangkap Penasihat FORUM dan simposium Datuk Liwan Lagang; Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Mulu serta penasihat FORUM Datuk Gerawat Gala serta ADUN Telang Usan Dennis Ngau.

 ??  ?? UNTUKMU: Temenggung Elizabeth Ding dan lima temenggung masyarakat Orang Ulu yang lain, menyampaik­an cenderamat­a khas kepada Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
UNTUKMU: Temenggung Elizabeth Ding dan lima temenggung masyarakat Orang Ulu yang lain, menyampaik­an cenderamat­a khas kepada Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia