Utusan Borneo (Sarawak)

Masukkan aktiviti jana pendapatan dalam program kelab

Kelab sosial perlu meneroka, menyertai aktiviti pertanian moden seperti tanaman hidroponik dan fertigasi

-

KUCHING: Kelab- kelab sosial di Sarawak disaran memasukkan aktiviti penjanaan pendapatan dalam senarai program mereka.

Saranan ini dibuat Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Rekreasi dan Sosial Saribas Kuching kelmarin.

Jelas Uggah, kelab-kelab sosial perlu menerokai dan menyertai aktiviti pertanian moden seperti tanaman hidroponik dan fertigasi yang tidak memerlukan ruang dan tenaga kerja yang banyak.

Malah menurut Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, kaedah ini mampu mengeluark­an hasil dan kualiti yang lebih baik berbanding cara konvension­al.

“Pada akhirnya, anda akan memperoleh pendapatan yang lebih baik sekali gus memperbaik­i standard kehidupan keluarga masing- masing,” katanya pada majlis tersebut yang berlangsun­g di sebuah hotel di sini.

Tambah Uggah, mereka yang berminat boleh mendapatka­n nasihat dan bimbingan daripada kementeria­nnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg katanya, bekerja keras mempromosi­kan aktivitiak­tiviti ini yang merupakan antara strategi utama di bawah pelan transforma­si luar bandarnya.

Malah katanya, Abang Johari baru-baru ini telah mengumumka­n dana teraju RM200 juta untuk sektor pertanian negeri dan RM100 juta lagi untuk subsidi.

“Untuk kawasan Parlimen Betong, Ketua Menteri telah meluluskan sejumlah RM2.4 juta untuk rakyat memulakan tanaman durian Musang King dengan 1,000 benih telah diagihkan kepada keluarga petani bagi kumpulan pertama di bawah program ini,” katanya.

Pada majlis itu, Uggah turut mengumumka­n geran kerajaan sebanyak RM40,000 kpeada kelab tersebut manakala Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat menyampaik­an RM20,000 dan RM10,000 lagi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu.

Sebagai tambahan, Uggah turut mengumumka­n geran RM30,000 kepada koperasi kelab tersebut.

Uggah turut menyampaik­an anugerah pencapaian tinggi kepada 73 pelajar dan penerima termasuk dua doktor perubatan dan seorang doktor falsafah dari kawasan tersebut.

Pada akhirnya, anda akan memperoleh pendapatan yang lebih baik sekali gus memperbaik­i standard masing.” kehidupan keluarga masing- Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Uggah menyampaik­an anugerah pencapaian tinggi kepada Nur Dania Haris pada Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Rekreasi dan Sosial Saribas Kuching.
PENGIKTIRA­FAN: Uggah menyampaik­an anugerah pencapaian tinggi kepada Nur Dania Haris pada Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Rekreasi dan Sosial Saribas Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia