Utusan Borneo (Sarawak)

Elak siar, sebar, tular gambar kanak-kanak terlibat penderaan, penganiaya­an

-

MIRI: Pengamal media perlu mengelak daripada menyiar, menyebar atau menularkan gambar kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan atau penganiaya­an.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata jika perkara itu berlaku, ia melanggar Seksyen 15 Akta KanakKanak (Pindaan) 2016.

“Mana-mana yang melanggar perkara ini melakukan satu kesalahan dan apabila disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu memberitah­u demikian pada Majlis Perasmian Bengkel Pemantapan Pasukan Perlindung­an, Kebajikan dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak malam kelmarin.

Tambahnya, sebarang laporan media massa mengenai maklumat kanak-kanak seperti penyiaran gambar, pendedahan nama, alamat atau institusi pendidikan yang membolehka­n kanak-kanak dikenali sama ada semasa penyiasata­n atau peringkat sebelum perbicaraa­n atau selepas perbicaraa­n tidak boleh disiarkan.

Bagaimanap­un ujarnya, media tetap memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran terhadap kes penderaan dalam kalangan masyarakat.

“Siaran media massa dapat memancing perhatian dan kerjasama masyarakat untuk menghulurk­an bantuan demi menyelamat­kan kanak-kanak hilang atau diculik,” tegasnya.

Pada masa sama media massa juga patut menyekat rancangan yang berbentuk keganasan yang akhirnya mempengaru­hi orang ramai.

“Janganlah kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual menjadi fobia kepada ibu bapa tentang keselamata­n anak mereka,” katanya.

Pasukan Perlindung­an Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan KanakKanak (PKKK) Miri mem- bantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendali­kan kes membabitka­n kanak-kanak.

“Malah, penubuhan Pusat Aktiviti Kanak- Kanak (PAKK) di kawasan risiko juga dapat membantu kanakkanak daripada melepak atau melakukan perkara tidak bermoral,” jelasnya.

PAKK juga tambahnya, boleh dijadikan pusat transit atau persinggah­an sebelum atau selepas waktu persekolah­an dengan menyaksika­n Miri memiliki dua PAKK.

Turut hadir Pengerusi PPKK Bahagian Miri Dr Faizul Mansoor serta anggota PPKK, PKKK dan PAKK Bahagian Miri.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Lee (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Dr Faizul (tiga kiri) sambil disaksikan anggota PPKK, PKKK dan PAKK Bahagian Miri.
TERIMA KASIH: Lee (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Dr Faizul (tiga kiri) sambil disaksikan anggota PPKK, PKKK dan PAKK Bahagian Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia