Utusan Borneo (Sarawak)

SeDidik diharap perluas fasiliti ke seluruh Sarawak

-

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap SeDidik dapat memperluas­kan fasilitiny­a ke seluruh Sarawak.

Berucap pada Majlis Konvokesye­n SeDidik Zon Kuching 2018 semalam, Wan Junaidi berkata perluasan SeDidik adalah sebagai alternatif kepada pusat didikan awal kanak-kanak sedia ada.

“SeDidik merupakan penyedia pendidikan awal kanak-kanak yang diurus oleh Sarawak sendiri di bawah Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Sebab itu penting untuk SeDidik memperluas­kan fasiliti mereka kerana jika berlaku apa-apa, Sarawak mempunyai institusi didikan awal sendiri yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar SeDidik Nor Ashikin Abdul Rahman dalam ucapannya berkata SeDidik sememangny­a peka dengan keperluan pendidikan awal dan asuhan kanak-kanak.

Sejak beroperasi pada 1991 dan sehingga kini, terdapaf 82 pusat prasekolah SeDidik di seluruh Sarawak dengan di Zon Kuching sahaja terdapat 25 pusat prasekolah SeDidik dengan jumlah anak seramai 427 orang.

“SeDidik sememangny­a peka dengan keperluan pendidikan awal dan asuhan kanak-kanak.

“Sehubungan itu SeDidik tampil menyahut seruan Kerajaan Sarawak untuk membuka taman asuhan kanak-kanak atau taska di semua pejabat dan agensi Kerajaan Sarawak dengan melancarka­n beberapa pusat SeDidik,” katanya.

Antara pusat SeDidik yang dibuka di bangunan kerajaan ialah di Hospital Miri, Mukah Power Generation, Lembaga Air Sibu, Menara SEDC (The Isthmus) dan UTC Kuching.

Dalam pada itu, majlis konvoke- syen semalam merupakan yang ke-27 dan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak dekat sini.

Seramai 114 murid diraikan pada konvokesye­n tersebut melibatkan sebanyak 20 pusat SeDidik bagi Zon Kuching.

Majlis konvokesye­n tersebut turut dimeriahka­n lagi dengan beberapa persembaha­n murid bermula dengan persembaha­n mini konsert.

 ??  ?? TAHNIAH: Wan Junaidi menyampaik­an sijil tamat prasekolah kepada salah seorang anak didik SeDidik pada konvokesye­n di PCC, Demak semalam.
TAHNIAH: Wan Junaidi menyampaik­an sijil tamat prasekolah kepada salah seorang anak didik SeDidik pada konvokesye­n di PCC, Demak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia