Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2019 bersifat terlalu umum kepada Sarawak: Safiee

-

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri Daro Safiee Ahmad membayangk­an agenda DUN di kawasannya masih berteraska­n pembanguna­n.

Menurutnya, ia merangkumi keperluan infrastruk­tur seperti bekalan elektrik, air, prasarana sekolah, jalan raya dan pembanguna­n dalam bidang pertanian.

“Secara asasnya, ia masih berteraska­n kemudahan serta keperluan rakyat di kawasan Daro,” katanya ketika ditanya mengenai sidang DUN yang bermula hari ini.

Ketika ditanya apa pandangan beliau mengenai pembentang­an Belanjawan 2019 oleh kerajaan persekutua­n pada Jumaat lalu, beliau merumuskan bahawa ia bersifat terlalu umum khasnya untuk Sarawak.

“Tidak spesifik dan kelihatan tidak memberi impak yang besar keapda pembanguna­n luar bandar di Sarawak,” ujarnya.

Ada antara sesetengah perkara yang tidak menepati jangkaan malah jauh lebih kecil peruntukan­nya seperti menaik taraf sekolah daif.

Bajet diluluskan hanya RM100 juta untuk semua sekolah seluruh Malaysia, sedangkan untuk tujuan itu sekolah di Sarawak sahaja telah dianggarka­n memerlukan peruntukan lebih RM1 bilion.

Sidang DUN Sarawak kali ini bakal membentang­kan Belanjawan Negeri 2019.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memberi bayangan bahawa belanjawan kali ini mungkin menjadi antara yang terbesar dalam sejarah Sarawak.

Antara penekanan Belanjawan Negeri adalah memperkasa­kan kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya yang menelan belanja sekitar RM11 bilion.

 ??  ?? SAFIEE AHMAD
SAFIEE AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia