Utusan Borneo (Sarawak)

Ia memandangk­an Belanjawan 2019 tidak penuhi tuntutan 30% seperti dijanji dalam manifesto PH pada PRU14

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Jawatankua­sa pemandu Pakatan Harapan ( PH) Sarawak dan Sabah termasuk jawatankua­sa teknikal yang ditubuhkan akan mengkaji serta membincang­kan peruntukan pembanguna­n yang diberikan kepada kedua- dua negeri ini, dalam Belanjawan 2019 yang dibentangk­an baru- baru ini.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata ia memandangk­an Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November lalu tidak memenuhi tuntutan 30 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) lalu.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Peng- guna itu menambah, ia sekali gus menyaksika­n penguranga­n peruntukan yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan persekutua­n PH kepada Sarawak dan Sabah.

“Telah dijanjikan dalam manifesto PH bahawa Sarawak dan Sabah akan mendapat 30 peratus daripada peruntukan pembanguna­n yang digabungka­n.

“Tetapi angka yang diperolehi dalam bajet adalah kurang daripada 20 peratus,” katanya pada sidang media sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke- 18 yang dirasmikan Menteri Pengangkut­an merangkap Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke di Crown Square, di sini semalam.

Justeru, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak melihat peruntukan tersebut sebagai kelemahan dalam Belanjawan 2019, sekali gus menunjukka­n kegagalan PH dalam menunaikan janji.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n ia adalah atas faktor kekangan kewangan yang dihadapi negara, menyebabka­n peruntukan yang dijanjikan itu tidak dapat dipenuhi.

“Namun demikian, kami akan terus berusaha mendapatka­n apa yang telah dijanjikan kepada Sarawak dan Sabah dalam manifesto PRU14,” ujarnya.

Sementara itu, Loke turut menjelaska­n antara sebab yang menyumbang kepada kelemahan Belanjawan 2019 adalah komitmen kerajaan untuk membayar balik cukai.

“Kami akan membayar balik GST dan cukai pendapatan berjumlah RM34 bilion sepanjang tahun 2019.

“Ini sepatutnya dibayar oleh kerajaan persekutua­n terdahulu pada dua atau tiga tahun lepas tetapi mereka tidak melakukann­ya,” katanya.

Telah dijanjikan dalam manifesto PH bahawa Sarawak dan Sabah akan mendapat 30 peratus daripada peruntukan pembanguna­n yang digabungka­n. Chong Chieng Jen Pengerusi PH Sarawak

 ??  ?? RUNGKAI PERSOALAN: Chong (duduk, tengah) pada sidang media sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke-18 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Loke (duduk, kiri) serta ahli jawatankua­sa DAP Sarawak yang lain.
RUNGKAI PERSOALAN: Chong (duduk, tengah) pada sidang media sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke-18 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Loke (duduk, kiri) serta ahli jawatankua­sa DAP Sarawak yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia