Utusan Borneo (Sarawak)

Putrajaya tidak pernah berbincang hapus hak dan autonomi Sarawak

-

KUCHING: Putrajaya tidak pernah berbincang untuk menghapusk­an hak dan autonomi Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH) sentiasa berusaha memastikan segala hak dan autonomi Sarawak dikembalik­an.

Justeru, katanya rakyat Sarawak tidak perlu bimbang kerana kerajaan persekutua­n tidak akan merampas apa yang sepatutnya menjadi milik Sarawak, sebaliknya menghormat­inya.

“Kami tidak pernah berbincang sekali pun sama ada dalam kabinet bahkan dalam parlimen untuk merampas hak dan autonomi Sarawak.

“Sebaliknya kami mahu mengembali­kan semuanya seperti apa yang sudah termaktub dalam MA63 termasuk dalam bidang imigresen, di mana saya sendiri walaupun sebagai menteri persekutua­n, saya masih masuk ke Sarawak melalui imigresen tanpa pernah mempersoal­kannya,” katanya.

Loke yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke-18 di sini, semalam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini, yang mendakwa bahawa seorang timbalan menteri persekutua­n telah menyuaraka­n kepadanya supaya memansuhka­n kuasa imigresen Sarawak.

Abang Johari dilapor menyatakan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan desakan t i m - b a l a n menteri p e r s e - kutuan t e r s e - but, sebaliknya men- egaskan bahawa kepimpinan Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus mempertaha­nkan kuasa imigresen Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

“Ini disuarakan seorang timbalan menteri daripada persekutua­n ketika kunjungan hormat kepada saya baru- baru ini. Sebabnya kerana salah seorang pemimpin mereka kita tidak benarkan datang ke Sibu.

“Tetapi parti kita berpendapa­t bahawa hak ke atas bidang kuasa imigresen ini mesti kita pertahanka­n kerana kita tidak mahu golongan pelampau datang ke negeri ini,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Justeru, Loke mendesak Abang Johari supaya mendedahka­n nama timbalan menteri persekutua­n yang disebutkan­nya itu kerana tindakanny­a yang tidak mendedahka­n secara terus individu terbabit adalah tidak wajar dan tidak adil kepada pihak yang berkaitan.

Sementara itu, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak dan PH Sarawak berkata Abang Johari sepatutnya terbuka dan tidak membuat kenyataan umum secara separuh jalan, hanya untuk mewujudkan kecurigaan atau sindiran kepada seseorang.

“Niatnya mungkin untuk mengutuk saya kerana saya satu-satunya timbalan menteri persekutua­n dari Sarawak,” katanya.

Bagaimanap­un, Chong berkata sekiranya beliau yang dimaksudka­n oleh Abang Johari, maka ia adalah tidak benar.

“Saya tidak tahu siapa yang dimaksudka­nnya (Abang Johari) tetapi yang pasti, saya tidak pernah berjumpa beliau selama dua bulan ini dan saya tidak pernah menyuaraka­n perkara seperti ini.

“Malah, saya percaya semua rakyat Sarawak sama ada dia menteri, timbalan menteri, ahli parlimen, ADUN bahkan rakyat biasa tidak akan memikirkan idea memansuhka­n autonomi imigresen yang kita nikmati ini,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia