Utusan Borneo (Sarawak)

DAP Sarawak terus tekankan akauntabil­iti, ketelusan, pemerintah­an saksama

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak akan terus menekankan tentang keperluan akauntabil­iti, ketelusan dan pemerintah­an yang saksama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ( PRN) akan datang.

Justeru, Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata setiap ahli jawatankua­sa parti perlu bertindak dengan lebih agresif bagi memperjuan­gkan prinsip kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

“Saya berharap jawatankua­sa DAP Sarawak yang baharu ini akan menjadi yang terbaik untuk berjuang dalam Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi, sekali gus membolehka­n PH menumbangk­an Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada terus menerajui kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke- 18 yang disempurna­kan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP yang juga Menteri Pengangkut­an Anthony Loke di Crown Square, di sini semalam.

Sementara itu, pemilihan Jawatankua­sa DAP Sarawak bagi penggal 2018-2021 yang dijalankan sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke18 menyaksika­n Chong kekal sebagai pengerusi dan bapanya, Chong Siew Chiang sebagai penasihat.

Timbalan pengerusi pula disandang David Wong Kee Woan manakala Mordi Bimol ( naib pengerusi) dan Wong King Wei ( setiausaha), Alan Ling Sie Kiong (penolong setiausaha), Kelvin Yii Lee Wuen ( bendahari), Wong Ling Biu (setiausaha penganjur), Violet Yong serta penolong setiausaha penganjur Kiung Teck Chang dan Ung Cheng Chak.

Manakala setiausaha publisiti Alice Lau Kiong Yieng, pengarah pendidikan politik Dr Ting Tiong Choon, setiausaha hal ehwal wanita Irene Chang Oi Ling dan ahli jawatankua­sa terdiri daripada John Brian dan Julian Tan Kok Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia