Utusan Borneo (Sarawak)

Merangkumi pelbagai aspek pembanguna­n, kesejahter­aan rakyat guna sumber pendapatan negeri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membentang­kan belanjawan terbesar negeri ini pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula di Kompleks DUN Sarawak, Petra Jaya hari ini.

Beliau membayangk­an belanjawan tersebut adalah yang terbesar dalam sejarah pernah dibentangk­an Sarawak dan merangkumi pelbagai aspek pembanguna­n serta kesejahter­aan rakyat dengan menggunaka­n sumber pendapatan negeri ini.

“Esok (hari ini) akan menjadi belanjawan terbesar pernah dibentangk­an di DUN Sarawak.

“Dari mana kita dapat sumber dan pendapatan esok (hari ini) saya umumkan. (Saya akan buktikan) kita bukan bodoh,” katanya disambut tepukan bergemuruh ketika merasmikan penutupan Simposium Budaya Orang Ulu Ke-7 di Dewan Suarah Miri semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata salah satu polisi diumumkan dalam belanjawan itu ialah semua bayi rakyat Sarawak lahir mulai 1 Januari 2019 akan dibuka akaun mereka berserta sejumlah simpanan di dalamnya.

“Semua bayi lahir bermula tahun depan, kita (Kerajaan Sarawak) beri mereka insentif dan jumlahnya saya akan umumkan esok (hari ini).

“Kalau kahwin dan ada anak...anak lahir sudah ada akaun dan simpanan ini hanya boleh dikeluarka­n apabila anak berusia 18 tahun kerana pada umur inilah anak-anak kita masuk ke universiti dan sepanjang pengalaman saya mendapati inilah masanya ibu bapa terutama golongan berpendapa­tan rendah, tiada wang untuk membiayai pengajian anak-anak mereka,” katanya.

Abang Johari berkata, beliau tidak mahu melihat anak-anak pintar tidak dapat menyambung pengajian mereka hanya kerana ibu bapa

Esok (hari ini) akan menjadi belanjawan terbesar pernah dibentangk­an di DUN Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

tidak mampu kerana boleh merugikan negeri ini, justeru polisi itu diwujudkan sebagai persiapan menghadapi­nya.

“Saya sudah hitung jumlah yang saya umumkan esok (hari ini) apabila anak sudah berumur 18 tahun wang simpanan berjumlah sekurang-kurangnya RM10,000 hingga RM12,000,” katanya sambil menambah, ia cukup untuk membayar yuran kemasukan dan dua semester pertama sementara menunggu bantuan kewangan lain seperti biasiswa.

Menurut beliau, polisi itu dibuka kepada semua warga Sarawak dan tidak terhad kepada jumlah anak-anak yang dilahirkan.

Katanya, bagi yang tidak dapat masuk universiti duit simpanan itu boleh digunakan tujuan lain seperti memulakan perniagaan secara kecilkecil­an dan sebagainya yang memberi manfaat kepada mereka.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata KerajaanSa­rawak akan mengambil alih penyukatan perimeter tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini selepas Putrajaya tidak lagi mampu memberi peruntukan bagi tujuan tersebut.

“Saya tidak cakap banyak, biar ( Timbalan Ketua Menteri) Datuk Amar Douglas Uggah bentangkan (perkara ini) dalam DUN.

“Tetapi, saya ingin katakan bahawa Kerajaan Sarawak mengambil alih kos-kos penyukatan tanah NCR di negeri ini,” jelas beliau.

Sementara itu, simposium itu dianjurkan Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia ( FORUM) yang menaungi sembilan persatuan Orang Ulu di Sarawak.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Bekalan Air merangkap Penasihat FORUM dan simposium Datuk Liwan Lagang, Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Mulu serta penasihat FORUM Datuk Gerawat Gala serta Presiden FORUM Antonio Khati Galis.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari memukul gong sebagai simbolik penutupan rasmi Simposium Budaya Orang Ulu Ke-7 anjuran FORUM di Dewan Suarah Miri semalam. Turut kelihatan (tiga dari kanan) Lee, Gerawat, Liwan, Antonio (dua kiri) dan yang lain.
RASMI: Abang Johari memukul gong sebagai simbolik penutupan rasmi Simposium Budaya Orang Ulu Ke-7 anjuran FORUM di Dewan Suarah Miri semalam. Turut kelihatan (tiga dari kanan) Lee, Gerawat, Liwan, Antonio (dua kiri) dan yang lain.
 ??  ?? AKTIVITI SIHAT: Dr Sim bersama Haidel (barisan hadapan, empat kiri) merakam kenangan bersama sebahagian peserta ‘IEM Engineers Run 2018’ di Kuching, semalam.
AKTIVITI SIHAT: Dr Sim bersama Haidel (barisan hadapan, empat kiri) merakam kenangan bersama sebahagian peserta ‘IEM Engineers Run 2018’ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia