Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak peruntuk RM50 juta untuk naik taraf sekolah daif

-

ENGKILILI: Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan sejumlah RM50 juta khusus untuk menaik taraf semua sekolah daif terutama sekolah di kawasan pedalaman.

Ketika ini keadaan prasarana sekolah sama ada menengah atau rendah sangat daif hingga memerlukan perhatian khusus terutama dari segi suntikan dana.

“Maka itu, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif sendiri menyediaka­n dana kerana untuk memohon daripada pihak Kementeria­n Pendidikan mengambil masa malah tidak dilayan,” kata Dr Rayong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata demikian semasa berucap pada Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.1 anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili semalam.

Katanya, terdapat banyak sekolah daif di Sarawak termasuk di DUN Engkilili terutama bangunan asrama, kediaman guru dan kakitangan sekolah, makmal dan kelas.

“Semuanya memerlukan perhatian khusus terutama daripada Kementeria­n Pendidikan di peringkat pusat namun kurang diberi perhatian menyebabka­n kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan Kementeria­n Pendidikan sendiri diketuai Dato Sri Michael Manyin,” ujarnya sambil menambah, pelantikan diharap dapat menyelesai­kan isu berbangkit terutama isu sekolah daif.

“Sebelum ini Kerajaan Sarawak ada mengutus surat permohonan mendapatka­n dana namun maklum balas agak lambat... menyebabka­n keadaan semakin teruk, justeru kita terpaksa campur tangan,” katanya.

Dr Rayong berjanji akan sedaya- upaya membantu sekolah kerana menyedari sekolah adalah lubuk untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah kokurikulu­m dan sahsiah pelajar.

Ujar Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (UPP) itu lagi, hubungan erat antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG sekolah masing-masing dapat menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

“Sehubungan itu saya men- yarankan tiada amalan politiking dalam penganjura­n aktiviti sekolah demi kejayaan sesuatu program,” katanya.

Mengenai politik, beliau menegaskan bahawa sidang DUN yang bermula Isnin ini penting bagi menentukan komposisi wakil Kerajaan Sarawak untuk berunding dengan pusat berkenaan rundingan MA63.

“Ketika ini ahli jawatankua­sa itu tidak seimbang dengan hanya dua wakil Sarawak dan dua dari Sabah dan selebihnya seramai 12 wakil PH dari Semenanjun­g menyebabka­n tiada keputusan akan memihak kepada kedua-dua negeri itu sekiranya undian dibuat kelak,” katanya.

Beliau berpendapa­t bahawa tindakan Ketua Menteri membawa usul perbahasan yang menyentuh hak MA63 adalah bertepatan dan berada di landasan betul bagi men- guji kesetiaan wakil PH di Sarawak sama ada menyokong inisiatif Abang Johari atau berpaksika­n Semenanjun­g.

“Jika mereka sayangkan Sarawak sudah pasti menyokong usul ketua menteri kelak dan pasti sebaliknya jika mereka berdolak-dalik,” katanya.

Pada majlis sama, Dr Rayong mengumumka­n pemberian MRP berjumlah RM5,000 sebagai tambahan RM3,000 yang diterima sekolah itu sebelum ini.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Vivien Mujah, SAO Brin Munsang, Guru Besar Harold Wilson Api, Timbalan Ketua Pemuda UPP Engkilili Peter Jawi, Penghulu Betuk Tubi, Penghulu Nyambong Maweng, para guru besar, penolong kanan, kapitan, kaunselor, tuai rumah dan ibu bapa pelajar.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Nyambong, Musa, Betuk, Vivien dan Harold (dua kanan).
SIMBOLIK: Dr Rayong memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Nyambong, Musa, Betuk, Vivien dan Harold (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia