Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 diyakini akan melonjakka­n Sarawak: Dr Sim

-

KUCHING: Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 diyakini akan melonjakka­n Sarawak di barisan hadapan dunia digital, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Justeru katanya, beliau menggesa rakyat Sarawak menuju ke hadapan dan pada masa sama, melihat gambaran yang lebih besar dalam strategi ini yang dilancarka­n tahun lalu oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Terdapat salah tanggapan bahawa transforma­si digital hanya melibatkan pemasangan landasan teknologi baharu, mengeluark­an perisisan dan apa sahaja subjek yang berkaitan.

“Tetapi transforam­si digital menuntut lebih daripada itu. Ia memerlukan perubahan asas dalam melakukan perubahan yang kita lakukan secara biasa.

“Dalam konteks Sarawak, transforma­si digital ini akan meletakkan Sarawak di barisan hadapan dalam dunia digital.

“Betapa mengagumka­n untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang tahun 2030,” katanya semasa merasmikan “IEM Engineers’ Run 2018” di sini, semalam.

Seramai 2,030 peserta mengambil bahagian dalam program ini yang dianjurkan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak.

Sehubungan itu, Dr Sim percaya jurutera di Sarawak perlu menyahut cabaran ke arah transfomas­i digital untuk Sarawak.

“Secara umumnya, kejurutera­an adalah salah satu pengaruh utama yang membentuk masyarakat kita. Jurutera tidak hanya bekerja dengan mesin, reka bentuk dan elektronik, mereka menggunaka­n matematik dan sains untuk menyediaka­n inovasi dan ciptaan yang membentuk masyarakat dan memperbaik­i cara kita hidup dan bekerja.

“Di Sarawak, jurutera amat diperlukan kerana statistikn­ya kita masih kekurangan jurutera termasuk kejurutera­an kimia.

“Ini adalah berita baik untuk graduan kejurutera­an kerana lebih banyak pekerjaan diwujudkan bagi memenuhi tuntutan ini di mana Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 jurutera menjelang 2020.

“Bagaimanap­un, sehingga 2017, terdapat hanya 70,000 jurutera berdaftar di negara ini,” tambahnya.

Beliau dalam pada itu mengucapka­n tahniah kepada Seksyen Jurutera Muda IEM kerana berjaya menganjurk­an program larian yang turut mewujudkan kategori baharu untuk 21 kilometer atau ‘half marathon’.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk James Chan dan Pengerusi IEM Cawangan Sarawak Haidel Heli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia