Utusan Borneo (Sarawak)

Samarahan Internatio­nal Food Festival acara ikonik bagi Kota Samarahan

-

KOTA SAMARAHAN: Samarahan Internatio­nal Food Festival (SIFF) adalah acara ikonik bagi Kota Samarahan dalam usaha Pejabat Residen Samarahan menceriaka­n penduduk setempat.

Demikian ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya ketika membacakan teks ucapan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah semalam.

“Kota Samarahan jarang dilawati pelancong luar kerana agak kurang menganjurk­an acara dan pesta.

“Tetapi inisiatif Jawatankua­sa Kumpulan Petugas Pelanconga­n (DTTG) Bahagian Samarahan ini adalah sangat bagus.

“Mereka berusaha mewujudkan acara ikonik di bahagian Samarahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Samarahan Internatio­nal Food Festival 2018 di Summer Mall di sini, semalam.

Acara sepuluh hari itu merupakan anjuran Pejabat Residen Samarahan dengan kerjasama agensi-agensi awam di bahagian Samarahan.

Antara lain menyediaka­n gerai makanan pelbagai menu, jualan pertanian dan beberapa aktiviti sampingan seperti Konsert Wany Hasrita, pemenang Anugerah Artis Paling Popular Malaysia.

Semalam para pengunjung turut menyaksika­n acara per- lumbaan go-kart dan pocket bike yang julung kali diadakan di sini.

Karim berkata acara tersebut dapat membantu ramai usahawan dan peniaga kecil tempatan mempamerka­n produk perniagaan mereka.

“Ia sekali gus berupaya membantu dalam menambah pendapatan isi rumah dan wujudnya semangat setia kawan, semangat muafakat dan kesungguha­n untuk mencapai sesuatu bagi perkongsia­n bersama,” tambahnya.

Disasarkan juga pada tahun depan untuk penglibata­n dari luar membawa menu antarabang­sa, katanya.

Turut hadir Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia