Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan tari UNTAN juara keseluruha­n Festival Tari Borneo Edisi Ke-7 2018

-

BINTULU: Kumpulan tari Universita­s Tanjung Pura (UNTAN) dari Kalimantan, Indonesia muncul juara keseluruha­n Festival Tari Borneo Edisi Ke-7 2018 yang berlangsun­g lima hari, dari 30 Oktober hingga 3 November.

UNTAN mengetepik­an cabaran 12 kumpulan penari daripada universiti lain di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ( UPMKB) malam kelmarin.

Selaku juara, UNTAN membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil yang disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Sharkawi Amit yang mewakili Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Manakala naib juara diraih Universita­s Lambung Mangkurat ( UNLAM) yang menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil.

Diikuti Kolej Sabah Interna- tional Dynamic Management (SIDMA) menyandang tempat ketiga dengan menerima RM1,000, piala dan sijil.

Festival itu turut menyaksika­n UNTAN meraih juara Anugerah Busana dengan Universita­s Palangkary­a (UPR) dan Universiti Teknologi MARA ( UiTM) Sarawak masing-masingnya meraih naib juara dan tempat ketiga.

Anugerah Koreografe­r juga disandang UNTAN dengan naib juara dan tempat ketiga masing- masing disandang UNLAM dan Kolej SIDMA Sabah. Ia menyaksika­n dominasi UNTAN dalam festival tari dwitahunan antara universiti­universiti di Borneo tersebut.

Festival tari anjuran UPMKB dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak serta Pejabat Residen Bahagian Bintulu itu disertai delegasi tiga negara dariPADA 13 universiti dan institusi pengajian tinggi di Kepulauan Borneo merangkumi Indonesia, Malaysia ( Sarawak dan Sabah) dan Brunei Darussalam.

Kumpulan tari itu adalah daripada UPMKB (tuan rumah), UiTM Kota Samarahan Sarawak, UiTM Kota Kinabalu Sabah, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah ( UMS) Kampus Antarabang­sa Labuan, Kolej SIDMA Sarawak, Kolej SIDMA Sabah dan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Universiti-universiti dari Kalimantan Indonesia pula terdiri daripada UNTAN, UNLAM, UPR, Universita­s Mulawarman dan Universita­s Borneo Tarakan (UBT).

Dalam pada itu tuan rumah untuk Festival Tari Borneo pada 2020 adalah UBT di Kalimantan, Indonesia.

Penutupan festival itu diserikan dengan persembaha­n Kelab Tarian Adi Mastuli UPM Serdang, Kelab Tandak Remang Tatau Bintulu dan Mukun Cilik Cabik Geronong Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia