Utusan Borneo (Sarawak)

STU berterima kasih kepada kerajaan peruntuk RM60.2 bilion kepada pendidikan

-

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak ( STU) berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n kerana memperuntu­kkan RM60.2 bilion kepada sektor pendidikan dalam Belanjawan 2019.

Presidenny­a Macky Joseph berkata sektor pendidikan mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2019 dan ia menggambar­kan keikhlasan kerajaan persekutua­n meningkatk­an lagi kualiti pendidikan di negara ini.

STU juga katanya, percaya peruntukan itu mencukupi jika ia dibelanja dengan bijak serta berhemah, dibelanjak­an mengikut keperluan.

“Daripada RM60.2 bilion, RM652 juta diperuntuk­kan bagi menaik taraf dan menyelengg­ara sekolah- sekolah manakala RM100 juta disediakan untuk membina semula sekolah-sekolah daif,” katanya.

Di Sarawak terdapat 1,020 sekolah daif dikenal pasti dan daripada jumlah itu 414 dikategori kritikal.

“STU berharap pembahagia­n peruntukan itu akan digunakan untuk membina semula, membaik pulih dan menaik taraf fasiliiti di sekolah-sekolah daif ini secepat mungkin,” katanya.

Bajet 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng Jumaat lepas turut memperuntu­kkan RM400 juta bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelengg­ara kuarters- kuartes kerajaan termasuk kuarters guru.

“Sebagai kesatuan yang menjaga kebajikan para guru, STU mengalu-alukan peruntukan ini kerana ada kuarters guru di Sarawak tidak mengikut piawai dan usang.

“Diharap dengan peruntukan ini, kuarters guru yang tidak mengikut piawai ditetapkan dapat dibaik pulih atau dibina semula agar guru-guru terlibat tidak lagi bimbang dengan keadaan tempat tinggal mereka dan boleh memfokus kepada pengajaran dan pembelajar­an,” katanya.

Mengenai pengecuali­an cukai ke atas sumbangan kepada dana menaik taraf infrastruk­tur di sekolah diumumkan Lim, Macky berkata ia tindakan terpuji sebagai mengiktira­f rakyat Malaysia yang menyumbang kepada usaha membina negara.

Bagaimanap­un tegasnya, sumbangan itu mesti dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan yang jelas untuk sekolah boleh menerima sumbangan termasuk akaun digunakan bagi menyalurka­n sumbangan serta siapa boleh mengeluark­an resit pengecuali­an cukai kepada penderma.

“Menerusi garis panduan yang jelas, diharap akan lebih ramai individu, ahli perniagaan atau korporat tampil menyumbang dana untuk menaik taraf sekolah,” katanya.

Macky berkata STU juga mengalu-alukan keputusan kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM10 juta untuk mewujudkan 50 lagi fasiliti penjagaan kanak-kanak dalam bangunan kerajaan.

Ini kerana menurutnya, 70 peratus daripada warga pendidik di negara ini adalah wanita.

“STU juga amat mengalualu­kan peruntukan RM2.9 bilion untuk membantu pelajar daripada kumpulan berpendapa­tan rendah, RM256 juta bagi politeknik, kolej komuniti dan TVET dan RM3.8 bilion untuk biasiswa serta pinjaman pendidikan.

“Sebagai penjawat awam, kami di STU mahu mengambil peluang ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan persekutua­n bagi bayaran khas RM500 yang akan dibayar hujung tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia