Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah taska bantu wanita keluar bekerja

-

JOHOR BAHRU: Usaha kerajaan untuk menambah bilangan taman asuhan kanakkanak (taska) di tempat kerja dilihat dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.

J. Sujatha, 30 yang bekerja sambilan, berkata langkah kerajaan itu juga membolehka­n wanita yang sebelum ini berhenti kerja bagi menjaga anak kembali bekerja.

“Bagi saya penyediaan peruntukan taska ini adalah satu tindakan yang bagus kerana kebanyakan wanita tidak bekerja disebabkan tiada yang menjaga anak-anak.

“Keadaan (ekonomi) sekarang (sangat memerlukan) kedua-dua ibu bapa mesti bekerja, jadi dengan adanya peruntukan ini golongan wanita boleh keluar bekerja,” katanya kepada Bernama yang melakukan tinjauan rambang di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Dalam pembentang Belanjawan 2019, Jumaat lepas, kerajaan Pakatan Harapan mengumumka­n peruntukan RM10 juta untuk mewujudkan 50 taska lagi di bangunan kerajaan bagi kemudahan ibu yang bekerja.

Bagi suri rumah sepenuh masa, Siti Aisyah Sulaiman, bantuan untuk wanita tidak bekerja sepertinya dapat membantu menampung perbelanja­annya.

“Kalau kerajaan bagi bantuan saya bersyukur. Kalau tiada pun tidak apa,” katanya.

Sementara itu, Nur Hafizah Mohd Sya, 43 pula berkata pemberian Bantuan Sara Hidup untuk golongan B40 harus diteruskan bagi membantu golongan tersebut.

Katanya sekalipun tidak banyak, bantuan itu masih mampu memberi kesan kepada golongan berpendapa­tan rendah. — Bernama

Sebab itu, saya mahu mencadangk­an semua tujuh Kelab Lions bersama menganjurk­an program hari ini mengadakan lebih banyak ceramah kesihatan di Sibu Jaya sejajar dengan usaha meningkatk­an kesedaran

diri. ” pentingnya menjaga kesihatan Kaunselor Robert Lau Timbalan Pengerusi MDLBS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia