Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy beri penghargaa­n kepada 377 pekerjanya

-

KUCHING: Sarawak Energy memberi penghargaa­n kepada 377 pekerjanya termasuk lima stafnya yang telah berkhidmat selama 40 tahun bersama syarikat.

Penghargaa­n telah disampaika­n pada Anugerah Khidmat Setia Sarawak Energy yang berlangsun­g masing-masing di Sibu dan Miri pada minggu lepas.

Mereka yang telah berkhidmat 40 tahun bersama syarikat ialah Ang Choo Siew, Lee Haw Soon dan Muhammad Zakaria dari Kuching, Salleh Ali dari Sarikei dan Sia Yiik Nan dari Bintulu.

Penerima lain terdiri daripada kalangan mereka yang telah berkhidmat selama 10, 15, 20, 25, 30 dan 35 tahun.

Penyampaia­n anugerah kepada 249 pekerja yang telah berkhidmat lama pada ‘finale’ di Kuching, malam Khamis lepas disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili.

Turut hadir, pasukan pengurusan kanan Sarawak Energy termasuk Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lu Yew Hung, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan dan Pengedaran SESCO Lau Kim Swee dan Ketua Pegawai Eksekutif Penjanaan Kuasa SEB James Ung.

“Kita mempunyai hampir 5,000 staf yang berkhidmat kepada 650,000 pelanggan dan hampir tiga juta rakyat di seluruh Sarawak dengan penuh dedikasi dan kerja keras.

“Kita telah berkembang kepada syarikat seperti hari ini adalah atas kekuatan kita semua,” katanya pada majlis anugerah tersebut.

Sharbini turut berterima kasih kepada penerima khidmat setia syarikat dan berharap mereka akan berkongsi ilmu dan kemahiran dengan pekerja muda dan baharu.

Kepada 83 pesara dan pasangan masing- masing yang turut hadir pada malam tersebut, Sharbini berharap mereka akan bersara dengan gembira.

“Sumbangan anda kepada syarikat amat kami hargai dan saya mendoakan anda akan bersara dengan gembira,” ujarnya.

 ??  ?? PEKERJA SETIA: Sharbini (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada Muhammad Zakaria yang telah berkhidmat selama 40 tahun bersama Sarawak Energy.
PEKERJA SETIA: Sharbini (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada Muhammad Zakaria yang telah berkhidmat selama 40 tahun bersama Sarawak Energy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia