Utusan Borneo (Sarawak)

PERYATIM mahu pastikan anak-anak diberi asuhan, didikan sempurna

-

SIBU: Pengurusan Kompleks PERYATIM sentiasa berusaha mengeratka­n hubungan dengan waris dan pihak berkaitan agar matlamat penubuhan kompleks tercapai dengan jayanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PERYATIM Sarawak Mohd Salleh Hamdin berkata objektif utama mereka adalah memelihara, mendidik dan mengasuh serta memastikan anak-anak di Kompleks PERYATIM diberi asuhan dan didikan sempurna.

“Kita sentiasa berusaha memperting­katkan kualiti kehidupan anak-anak yatim dan ini boleh dilihat di mana kita tingkatkan kualiti asrama dan membaiki segala kerosakan dengan segera.

“Malah, kita juga berusaha menjadikan suasana kompleks ini seperti rumah kediaman bukan hanya sekadar asrama untuk makan, minum dan pergi balik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Panca Bestari di Kompleks PERYATIM Kemunyang, Sibu di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Exco PERYATIM Sibu Datuk Mohamad Yusnar Matalie, Pengurus Besar Pelita Ma- slaut Sdn Bhd Mohamad Nazim Masni dan Pengurus Kompleks PERYATIM Sibu Najilanisa Suhaili.

Beliau berkata, pengurusan Kompleks PERYATIM amat menitikber­atkan hal-hal berkaitan pendidikan anakanak mendiami kompleks tersebut.

Katanya, pengurusan menyediaka­n ruang belajar selesa untuk anak-anak belajar dan menyediaka­n kelas tuisyen serta membayar guru tuisyen mengajar di kompleks tersebut membantu mereka dalam pelajaran.

“Bagi anak- anak menamatkan SPM dan ingin melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kita bantu mulai tahun ini dengan menyediaka­n Tabung Pendidikan PERYATIM dan kita telah membelanja­kan hampir RM69,000 untuk anak-anak melanjutka­n pelajaran.

“Kita tanggung yuran bantuan awal, yuran pendaftara­n dan wang sara hidup,” katanya sambil memberitah­u, tahun ini terdapat 21 anak PERYATIM Sarawak melanjutka­n pengajian sama ada dalam diploma, ijazah atau sijil.

Sementara itu, Yusnar menyeru kepada ibu bapa, waris serta penjaga supaya memberi kerjasama baik ke- pada pengurusan Kompleks PERYATIM Sibu menjaga kebajikan anak-anak.

Katanya, ibu bapa waris serta penjaga tidak seharusnya menyerahka­n tanggungja­wab menjaga anak-anak ‘bulatbulat’ kepada pengurusan Kompleks PERYATIM.

“Kita harus bersama-sama memantau aktiviti anak-anak kita lebih- lebih lagi pada musim cuti persekolah­an.

“Bagaimana mereka diajar dan diasuh di kompleks ini harus ada kesinambun­gan di rumah dan ini adalah tanggungja­wab ibu bapa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yusnar turut menyeru masyarakat supaya sentiasa memberi sokongan kepada Kompleks PERYATIM Sibu.

“PERYATIM Sibu masih memerlukan sokongan masyarakat untuk menambah dana kerana ia sentiasa diperlukan.

“Oleh itu, kita amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak berkemampu­an supaya kita dapat melaksanak­an lebih banyak aktiviti untuk anak-anak di sini,” katanya.

Seramai 14 anak-anak Kompleks PERYATIM Sibu berjaya khatam al-quran diraikan pada majlis tersebut.

 ??  ?? TAHNIAH: Yusnar (tiga kiri), Mohd Salleh (dua kanan), Najilanisa (kanan), Nazim (dua kiri) bersama Wiliyan Ricky Abdullah (tiga kanan) memenangi Anugerah Khas Anak Harapan Akademik 2018 sambil ditemani waris beliau.
TAHNIAH: Yusnar (tiga kiri), Mohd Salleh (dua kanan), Najilanisa (kanan), Nazim (dua kiri) bersama Wiliyan Ricky Abdullah (tiga kanan) memenangi Anugerah Khas Anak Harapan Akademik 2018 sambil ditemani waris beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia