Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Memancing Sungai Shimano, 25 November

-

SIBU: Kelab Memancing Sibu (SFC) mengalualu­kan penyertaan orang ramai yang berminat ke Pertanding­an Memancing Sungai Shimano Sibu Edisi Ke-2 anjurannya yang akan diadakan pada 25 November ini dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di dermaga Lorong 11, Jalan Ding Lik Kong di sini.

Pengerusi SFC Ting Hua Sing berkata, pertanding­an itu hanya terbuka kepada mereka yang menggunaka­n produk Shimano (‘rod’ atau ‘reel’).

Borang boleh didapati di Suria Trading Company di Pusat Tanahwang, Jalan Pedada di sini.

Tarikh tutup pendaftara­n ialah pada 23 November.

Menurutnya, acara itu ditaja oleh Shimano (S) Pte Ltd dan disokong OFT Pancing Sdn Bhd.

“Bayaran pendaftara­n untuk ahli kelab yang menyertai pertanding­an ini adalah RM30 manakala bukan ahli adalah RM50.

“Kami menyasarka­n kira- kira 200 peserta menyertain­ya,” katanya pada sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Jelasnya 100 peserta pertama yang mendaftar awal akan mendapat satu kemeja-T Shimano.

Bercakap mengenai hadiah yang ditawarkan, Ting memberitah­u, johan pertanding­an itu akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan mendapat RM800 dan RM300.

Pemenang tempat keempat hingga ke- 10 akan menerima RM100 setiap seorang.

Semua pemenang juga akan menerima hadiah iringan iaitu peralatan memancing dan setiap trofi.

Terdapat juga 10 hadiah cabutan bertuah turut ditawarkan pada pertanding­an tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Suria Trading Company di 084324982 atau pengerusi penganjur Leng Yew Jong (013-8272727).

Hadir sama pada sidang media itu ialah penasihat merangkap pengerusi kehormat SFC Wong King Uieng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia