Utusan Borneo (Sarawak)

Untuk menimba pengalaman pembelajar­an awal, dibimbing, didorong, diberi galakan belajar

- Oleh Kelvin Lambai

BETONG: Ibu bapa perlu menyedari perlunya pendidikan awal anak- anak untuk mereka menimba pengalaman pembelajar­an awal, dibimbing, didorong dan diberi galakan untuk belajar demi persediaan melangkah ke alam persekolah­an sebenar.

Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Sarawak Langi Liban berkata, golongan ini perlu berasa disayangi, diberi perhatian dan merasai pentingnya pendidikan untuk masa depan mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kanak-Kanak Tabika dan Taska KEMAS Bahagian Betong di Dewan Panglima Rentap, Betong Di sini, semalam.

Menurutnya, selaras dengan objektif Tabika KEMAS iaitu untuk memberi bimbingan awal dan menggalakk­an perkembang­an dari segi Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR), tabika juga menyediaka­n dan mengembang­kan kemahiran asas 4 M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).

Di samping itu katanya, di Tabika KEMAS juga ada disediakan menu makanan sihat kerana makanan yang seimbang amat perlu bagi menggalakk­an kecerdasan fizikal dan proses perkembang­an mental serta rohani mereka.

Justeru, anak-anak ini akan dibimbing di bawah pengawasan tenaga pengajar atau pemaju masyarakat KEMAS yang terlatih dan berkema- hiran.

“Saya menyeru kepada guru-guru Tabika KEMAS agar lebih proaktif dan inovatif serta menanam azam dan tekad untuk berusaha mewujudkan suasana serta proses pengajaran dan pembelajar­an yang lebih efektif dan berkesan.

“Menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia, pendidikan prasekolah diletakkan pada anjakan pertama iaitu menerusi peningkata­n kualiti prasekolah dan menggalakk­an enrolmen.

“Oleh itu semua pemaju masyarakat atau guru-guru KEMAS diberi peluang melanjutka­n pengajian ke tahap diploma bagi merealisas­ikan pelan tersebut,” katanya.

Langimenam­bah,walaupun guru pembimbing merupakan mereka yang amat dekat kepada pendidikan anak-anak kita semasa berada di tabika, ini bukanlah bermakna seka- rang ini ibu bapa sudah tidak berperanan lagi dalam soal pendidikan anak-anak.

“Sebenarnya perubahan zaman, kelekaan anak-anak kita dengan keadaan dunia masa kini.

“Tumpuan mereka mungkin berbeza, sebagai contoh di rumah kini terdapat TV, Internet, laman sosial, Facebook dan banyak lagi pendedahan yang tidak kita perolehi pada zaman kita dulu,” tegas beliau.

“Dengan keadaan sedemikian adalah lebih baik kita sebagai ibu bapa mengawasi, mendekatka­n diri kita dengan anak-anak dan mengeratka­n lagi hubungan kasih sayang dalam keluarga,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai KEMAS Bahagian Betong Peggy Ann Iba, pemangku penyelia kanan KEMAS Bahagian Betong, penyelia- penyelia pelbagai jurusan, ibu bapa serta kanakkanak yang terlibat.

Dalam pada itu, 300 kanakkanak Tabika dan Taska KEMAS di bahagian Betong menerima hadiah masingmasi­ng.

Saya menyeru kepada guru-guru Tabika KEMAS agar lebih proaktif dan inovatif serta menanam azam dan tekad untuk berusaha mewujudkan suasana serta proses pengajaran dan pembelajar­an yang lebih efektif dan berkesan. Langi Liban Penolong Pengarah KEMAS Sarawak

 ??  ?? TAHNIAH: Langi menyampaik­an hadiah kepada seorang kanakkanak tabika sambil diperhatik­an Peggy.
TAHNIAH: Langi menyampaik­an hadiah kepada seorang kanakkanak tabika sambil diperhatik­an Peggy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia