Utusan Borneo (Sarawak)

Peminjam PTPTN sambut baik potongan berjadual gaji bulanan

-

MIRI: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) menyambut baik langkah kerajaan memperkena­lkan pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan.

Safini Morni, 28, berkata kaedah pemotongan terus daripada gaji adalah lebih baik daripada membayar secara manual agar para peminjam tidak mempunyai tunggakan dalam pembayaran tersebut.

“Sememangny­a ia bagus dilaksanak­an dari dulu lagi kerana sistem bayaran balik PTPTN ada kaedahnya yang mempunyai caj tambahan semasa membuat pembayaran.

“Bagaimanap­un, saya kurang setuju jika peminjam yang bergaji cukup-cukup RM1,000 terpaksa dibuat pemotongan gaji untuk membayar PTPTN kerana mereka yang bergaji di paras itu duit banyak digunakan untuk membayar komitmen lain juga, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sementara itu, seorang lagi peminjam, Mohamad Firdhaus Ishak, 26, menyifatka­n potongan berjadual ini akan membantu mengurangk­an beban hutang negara.

“Bagi yang dah dapat kerja, menjadi tanggungja­wab untuk bayar balik apa yang telah dipinjam.

“Sistem yang akan diperkenal­kan ini kelak akan lebih memudahkan peminjam kerana tidak perlu lagi melayari Internet untuk membayar secara atas talian, hanya automatik potong terus daripada gaji. Jumlah peratusan pemotongan pun rendah,” katanya.

Menurutnya, beliau sedar sebenarnya PTPTN dari dahulu lagi mempunyai kaedah pembayaran melalui pemotongan gaji, namun atas faktor kekangan masa kerana bekerja membuatkan beliau tidak mempunyai masa untuk ke pejabat PTPTN bagi mendaftar cara pembayaran tersebut.

 ??  ?? SAFINI
SAFINI
 ??  ?? MOHAMAD FIRDHAUS
MOHAMAD FIRDHAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia