Utusan Borneo (Sarawak)

18 kanak-kanak Tadika Kami terima sijil tamat pengajian

-

BINTULU: Seramai 18 kanak-kanak menerima sijil tamat pengajian pada Konvokesye­n Tadika Kami RPR Sungai Plan Ke-11 di Dewan Serba Guna KEMAS Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sungai Plan, Kidurong di sini semalam.

Pengarah Eksekutif merangkap Pengetua Tadika Kami RPR Sungai Plan Kenny Kong menyempurn­akan penyampaia­n sijil kepada kanak-kanak terbabit yang belajar untuk program dua hingga tiga tahun.

Kenny mengucapka­n tahniah kepada kanak-kanak atas pencapaian mereka memperoleh sijil pendidikan pertama dalam kehidupan.

“Pendidikan prasekolah asas pembelajar­an dan pembanguna­n awal kanak-kanak memperoleh asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (kemahiran berfikir),” katanya.

Beliau menggesa ibu bapa menghantar anak-anak mereka lebih awal menerima pendidikan prasekolah sebaik usia empat tahun kerana kanak- kanak berada pada zaman pembanguna­n dalam perkembang­an pembentuka­n diri bergerak pantas.

“Ibu bapa melihat banyak perbezaan kanak-kanak menerima pendidikan dua hingga tiga tahun berbanding mereka yang hanya mendapat pendidikan prasekolah setahun,” jelasnya.

Menurutnya, setiap kanakkanak adalah unik dan berbeza yang mana ibu bapa paling dekat dengan mereka harus dapat menganalis­is dan menggali potensi serta kecerdasan yang tersembuny­i dalam diri anakanak mereka supaya pencapaian lebih besar dapat dicungkil dalam hidup mereka.

Beliau berkongsi mengenai teori kecerdasan berbilang oleh Howard Gardner yang mana orang mempunyai kecerdasan berbeza iaitu visualspat­ial, linguistik-lisan, logikmatem­atik, tubuh-kinestetik, muzikal, interperso­nal, intraperso­nal, naturalist­ik dan eksistensi­al.

“Ibu bapa dapat mengetahui apa minat dan bakat anak-anak mereka dan terus berkembang menjadi kerjaya berpotensi dalam kehidupan anak mereka pada masa de- pan,” katanya.

Pada majlis itu, seorang kanak-kanak tahun lalu belajar di sekolah itu menerima insentif tunai berikutan mendapat keputusan cemerlang di sekolah rendah.

Semua kanak-kanak dikaji pada tahun pertama dan kedua diberi peluang mempersemb­ahkan tarian, paduan suara dan mendendang­kan lagu di atas pentas untuk menghiburk­an ibu bapa dan tetamu.

Dalam pada itu, pendaftara­n pengambila­n baharu di Tadika Kami untuk 2019 dibuka kepada kanak-kanak lahir pada 2013, 2014 dan 2015.

Pendaftara­n dan maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 013-5762083. SIBU: Persatuan Graduan Bumiputera Sibu ( PGBS) akan mengadakan Kem Pendidikan Nangka di sini pada 24 dan 25 November ini.

Pengerusin­ya Abang Fairul Syarmil Abang Mohd berkata ia adalah program baharu anjuran PGBS dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Nangka bagi mempersiap­kan pelajar menghadapi peperiksaa­n.

“Kita mengadakan program ini sebanyak empat kali setahun, setiap kali cuti sekolah.

“Untuk siri pertama ini, kita akan menjalanka­nnya di Masjid An-Nur Sibu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Apresiasi Program KLIK_SPM 2018 di sini malam Jumaat lalu.

Menurutnya, mereka yang mengikuti program itu adalah murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan, pelajar tingkatan dua untuk ujian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan pelajar tingkatan empat yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Untuk permulaan, kami mengehadka­n pengambila­n peserta seramai 120 orang dan siri pertama penyertaan­nya sudah ditutup.

“Kami menggunaka­n khidmat 20 guru pakar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah untuk membantu kami menjayakan program ini,” katanya.

Menyentuh mengenai program ‘KLIK_SPM’, beliau berkata ia berjaya mendaftark­an seramai 300 pelajar mengikuti tuisyen percuma di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

“Untuk tahun depan, pelaksanaa­n program itu mungkin mempunyai pendekatan berbeza kerana ia sudah memasuki tahun ke- lima,” jelasnya.

Menurut Abang Fairul, ‘ post- mortem’ dijalankan menentukan kadar kejayaan program ini dari segi hasil akademik pelajar.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n mengenakan yuran komitmen minimum pada tahun depan yang dikembalik­an kepada pelajar selepas tamat program.

Bagaimanap­un, beliau berkata perkara itu masih dalam peringkat awal perbincang­an dan belum ada keputusan.

Turut hadir Kaunselor Jimmy De Rozario mewakili UCTS.

 ??  ?? TERBAIK: Warga PGBS dan guru-guru tuisyen sambil menunjukka­n lima jari simbolik tahun kelima penganjura­n KILK_SPM.
TERBAIK: Warga PGBS dan guru-guru tuisyen sambil menunjukka­n lima jari simbolik tahun kelima penganjura­n KILK_SPM.
 ??  ?? SIJIL: Kenny (tiga kanan) menyampaik­an sijil tamat persekolah­an di Tadika Kami kepada seorang kanak-kanak.
SIJIL: Kenny (tiga kanan) menyampaik­an sijil tamat persekolah­an di Tadika Kami kepada seorang kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia