Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia suarakan kebimbanga­n berhubung perkembang­an di Yaman

-

PUTRAJAYA: Malaysia menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung konflik yang berterusan di Yaman, terutamany­a keselamata­n orang awam dan jumlah korban yang semakin meningkat dalam kalangan wanita serta kanak-kanak.

Menurut kenyataan Kementeria­n Luar ( Wisma Putra) semalam, Malaysia menggesa semua pihak agar bersetuju mengadakan gencatan senjata dalam tempoh 30 hari akan datang, berikutan rundingan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang akan diadakan di Sweden.

Kenyataan itu menyebut Malaysia menyokong penuh gesaan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres agar semua pihak melibatkan diri dalam rundingan secara jujur dan seterusnya menegaskan bahawa satu-satunya penyelesai­an berpanjang­an kepada krisis di Yaman adalah penyelesai­an politik yang terangkum serta damai.

“Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha PBB dalam mencari penyelesai­an politik untuk menamatkan konflik di Yaman,” kata Wisma Putra.

Kenyataan itu menyebut Malaysia menyertai komuniti antarabang­sa dalam menggesa pihak yang berkaitan dengan konflik itu supaya segera mengelak daripada terus melakukan serangan bagi menghormat­i gencatan senjata itu dan membenarka­n akses untuk penghantar­an bantuan kemanusiaa­n.

Wisma Putra berkata Malaysia juga menggesa pihak bertelagah supaya mematuhi undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa.

“Semua pihak yang terlibat dalam konflik itu perlu mengambil langkah untuk melindungi kanak- kanak, orang ramai, dan harta awam serta membenarka­n akses untuk penghantar­an bantuan kemanusiaa­n kepada mereka yang amat memerlukan bantuan,” jelas kenyataan itu.

Malaysia bimbang dengan konflik berpanjang­an dan kerosakan serta kebinasaan ke atas rakyat negara berkenaan, kata Wisma Putra.

Setakat Oktober 2018, kenyataan itu menyebut konflik di Yaman mengakibat­kan 22 juta orang, iaitu kira-kira 75 peratus daripada keseluruha­n penduduk, amat memerlukan bantuan kemanusiaa­n.

“Memang tidak dapat diterima bahawa rakyat Yaman berdepan pelbagai krisis, termasuk konflik bersenjata, kehilangan tempat tinggal, risiko kebuluran dan wabak penyakit termasuk taun – mewujudkan krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia,” tambah kenyataan itu.

Di dalam negara pula, Wisma Putra bangga dengan usahasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan akhbar Sinar Harian, untuk mewujudkan Tabung Bantuan Kemanusiaa­n Yaman.

Kementeria­n itu menyatakan sokongan padu kepada inisiatif itu dan butiran tentang tabung itu boleh diperoleh daripada Sekretaria­t GPM www.billplz.com/peduliyama­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia