Utusan Borneo (Sarawak)

Menunjukka­n budaya masyarakat yang mementingk­an diri sendiri

-

SINTOK: Membeli kereta baharu antara alasan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangguha­n bayaran balik pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata alasan itu tidak munasabah kerana sekiranya peminjam itu mampu membayar ansuran bulanan kereta makanya mereka juga mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN misalnya ada serendah RM90 sebulan.

“Rayuan ini banyak tapi kadang-kadang saya tengok, yalah kalau rayuan itu (seperti) tak mampu bayar lagi sebab tak kerja, ibu bapa sakit, itu kita boleh fikirlah. Tetapi kalau sekiranya mohon rayuan penangguha­n sebab nak beli kereta untuk kerja, agak tak adillah sekiranya mohon penangguha­n daripada PTPTN.

“...kalau boleh buat macam itu, sepatutnya bolehlah bayar PTPTN. Kadang- kadang (peminjam yang) minta penangguha­n bayar (PTPTN) RM90 sebulan, kereta itu bayar RM600 boleh,” katanya pada sidang media selepas majlis santai bersamanya di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Wan Saiful berkata situasi itu menunjukka­n satu budaya masyarakat yang mementingk­an diri sendiri apabila sikap mereka yang lebih mengutamak­an kereta baharu daripada membayar balik hutang PTPTN yang telah pun digunakan mereka.

“Ini isu sikap. Prioritiny­a di mana...realitinya dia (peminjam) dah ambil (pinjaman PTPTN), dan guna belanja duit PTPTN itu, dapat dah faedah, sepatutnya kena lunas balik pinjaman supaya orang

...kalau boleh buat macam itu, sepatutnya bolehlah bayar PTPTN. Kadang-kadang (peminjam yang) minta penangguha­n bayar (PTPTN) RM90 sebulan, kereta itu bayar RM600 boleh. Wan Saiful Wan Jan Pengerusi PTPTN

lain boleh dapat pinjaman itu,” katanya.

Sebubungan itu, beliau berharap peminjam perlu lebih bertanggun­gjawab menunaikan tanggungja­wab membuat bayaran balik pinjaman PTPTN mereka supaya pelajar baharu lain boleh mendapat manfaat sama nanti.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata peminjam PTPTN yang bekerja dengan gaji RM1,000 ke atas dan menghadapi masalah kewangan untuk membuat pembayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus boleh mengemukak­an rayuan kepada perbadanan tabung pendidikan itu.

“Sudah tentu mereka masih boleh membuat rayuan...kita akan tengok kepada rayuanrayu­an yang alasan munasabah,” katanya.

Beliau berkata dijangkaka­n pelaksanaa­n pemotongan gaji secara berjadual untuk bayaran balik pinjaman PTPTN itu dapat dilakukan pada suku pertama tahun depan.

“Dalam tempoh dua bulan ini pihak kita akan menjalanka­n penerangan di seluruh negara melibatkan pihak berkepenti­ngan sama ada penduduk setempat, pihak universiti, NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan juga media mengenai pelaksanaa­n pemotongan gaji secara berjadual ini,” katanya.

Dalam pembentang­an Bajet 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan memperkena­lkan kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji berjadual dengan ia hanya diguna pakai untuk peminjam yang berpendapa­tan melebihi RM1,000 sebulan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK ADIL: Wan Saiful (kanan) bersama Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani melihat ungkapan masa pada majlis Santai Bersama di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia semalam.
— Gambar Bernama TIDAK ADIL: Wan Saiful (kanan) bersama Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani melihat ungkapan masa pada majlis Santai Bersama di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia