Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia diseru beri sumbangan kepada Yaman

-

SEMENYIH: Penangguha­n bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dijanji Pakatan Harapan sukar direalisas­ikan berikutan kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau akui kerajaan dihujani kritikan, selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, bagaimanap­un, jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

“Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhk­an bayaran balik PTPTN), cuma ( ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.

“Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low (ahli perniagaan Low Taek Jho), tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran FundMyHome. com, satu platform digital pembelian rumah menerusi skim pendanaan awam hartanah.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilapor berkata mana-mana peminjam berpendapa­tan RM4,000 ke bawah diberi penangguha­n bayaran balik PTPTN, sebagai usaha kerajaan meringanka­n bebanan rakyat.

Bagaimanap­un, Lim pada pembentang­an Belanjawan 2019 Jumaat lepas mengumumka­n bahawa peminjam PTPTN yang berpendapa­tan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus. — Bernama SHAH ALAM: Kementeria­n Luar Negeri menyeru rakyat negara ini menyalurka­n sumbangan dan bantuan kemanusiaa­n kepada mangsa peperangan di Yaman.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata langkah itu perlu bagi meringanka­n bebanan rakyat Yaman terutamany­a golongan wanita dan kanak-kanak yang kini menderita akibat pergolakan yang berlaku.

“Kita mohon rakyat Malaysia tampil ke depan untuk memberikan sumbangan dan bantuan, kita berharap dengan pertolonga­n daripada rakyat negara ini sedikit sebanyak akan membantu penduduk Yaman yang kini memerlukan bekalan makanan dan rawatan kesihatan.

“Selain itu, kita juga berharap sumbangan kewangan dapat dikumpulka­n dalam tempoh terdekat bagi membantu rakyat di sana untuk membuat persediaan bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba tidak lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Tabung Kemanusiaa­n Yaman’ di Kompleks Karangkraf di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Global Peace Mission ( GPM) Malaysia Mohamad Raimi Ab Rahim dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub.

Sementara itu, Mohamad Raimi berkata GPM menyasarka­n untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta dalam tempoh enam bulan akan datang untuk ‘Tabung Kemanusiaa­n Yaman’ tersebut.

“Pelancaran ‘Tabung Kemanusiaa­n Yaman’ yang dibuat dengan kerjasama GPM, Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf menyasarka­n kutipan sebanyak RM1 juta.

“Bantuan awal sebanyak RM100,000 akan dibawa dalam musim sejuk pada akhir November ini. Bantuan ini akan diagihkan dalam bentuk makanan, pendidikan, air bersih, kit musim sejuk, barangan bayi dan perubatan,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Global Peace Mission, Bank Islam (1402-30100-29224), Maybank Islamic (5642-2161-1602) dan Affin Islamic Bank (10519000-2871) dengan rujukan ‘YAMAN’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Saifuddin (dua, kiri) melancarka­n Tabung Bantuan Kemanusiaa­n Yaman di Kompleks Karangkraf, semalam. Turut hadir Duta Besar Yaman Di Malaysia, Dr Adel Mohamed Ba Hamid (dua, kanan) dan Mohamad Raimi (kiri).
— Gambar Bernama LANCAR: Saifuddin (dua, kiri) melancarka­n Tabung Bantuan Kemanusiaa­n Yaman di Kompleks Karangkraf, semalam. Turut hadir Duta Besar Yaman Di Malaysia, Dr Adel Mohamed Ba Hamid (dua, kanan) dan Mohamad Raimi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia