Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Luar amal perbelanja­an berhemah

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Luar tidak akan berbelanja secara boros, sebaliknya mengikut had yang ditetapkan dan secara berhemah kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, langkah itu selaras dengan peruntukan yang diterima kementeria­n dalam Belanjawan 2019 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.

“Kita akan menggunaka­n sebaik mungkin peruntukan yang disediakan kerana kebanyakan proses serta amalan dalam Wisma Putra adalah berjalan seperti biasa sepertiman­a sebelum ini.

“Bagaimanap­un, bagi peruntukan kali ini kita memberi tumpuan lebih kepada wakil di luar negara terutama dalam membaiki kuarters kakitangan berikutan ada sesetengah tempat yang telah rosak selain menaik taraf sistem teknologi maklumat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah Saifuddin, pihaknya juga menggalakk­an kakitangan kementeria­n itu supaya mengamalka­n amalan berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak.

“Kami mengamalka­n perbelanja­an berjimat, misalnya, menteri tidak naik penerbanga­n Kelas Pertama walaupun diberikan hak untuk itu ... itulah adalah amalan yang kita lakukan sekarang ini di Wisma Putra.

“Dalam perjalanan ke luar negara, kami menggunaka­n bilik standard untuk hotel, walaupun peruntukan mengatakan kami layak untuk menggunaka­n bilik yang lebih baik, lagipun bilik itu hanya untuk kami tidur sahaja. Ini dapat menjimatka­n banyak (wang).” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mengumumka­n Kementeria­n Luar menerima peruntukan berjumlah RM748 juta untuk Belanjawan 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia