Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan tiga negeri hadapi banjir memuaskan

-

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa puas hatinya terhadap persediaan menghadapi banjir di tiga negeri di Pantai Timur ketika musim tengkujuh nanti.

Beliau berkata ini dapat dilihat melalui taklimat setiap agensi yang menunjukka­n tahap kesiapsiag­aan masingmasi­ng bagi menghadapi bencana itu.

“Alhamdulil­lah mereka telah bersedia untuk menggerakk­an jentera penyelamat pada bila bila masa sahaja.

“Saya hari ini juga telah melihat tahap kesiapsiag­aan agensi di Kelantan dan saya memang puas hati,” katanya ketika Mempengeru­sikan Mesyuarat Persediaan Menghadapi Banjir di Negerinege­ri Pantai Timur di Bilik Gerakan Negeri Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Wan Azizah juga bersetuju jika kerajaan negeri lain mencontohi negeri Pahang yang membekukan aktiviti pembalakan ketika musim tengkujuh bagi mengelak bencana yang lebih buruk daripada berlaku.

Wan Azizah berkata apa yang dilakukan kerajaan Pahang itu adalah sangat baik dan perlu diikuti oleh negeri lain bagi mengurangk­an kesan banjir akibat pembalakan.

Ketika ditanya adakah beliau akan mencadangk­an perkara itu kepada negeri lain, Wan Azizah sekiranya ia baik untuk faedah rakyat akibat bencana itu, ia adalah sesuatu yang wajar dicontohi.

Beliau menggesa kerajaan negeri dengan kerjasama agensi terlibat agar mengambil langkah-langkah penguatkua­saan kegiatan pembalakan haram untuk mengurangk­an hakisan tanah di hulu sungai yang menyebabka­n sungai menjadi cetek.

“Semua pihak berkaitan mesti memantau dan menguatkua­sa dengan lebih baik sebarang pembanguna­n di tebing atau di lereng bukit,” katanya.

Beliau berkata pada mesyuarat itu juga diputuskan untuk membekukan cuti kepada anggota penyelamat bila berlakunya banjir.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula diingatkan untuk memastikan depoh dan pangkalan hadapan serta pusat pemindahan telah sedia diaktifkan.

“Segala kelengkapa­n di depoh dan pangkalan hadapan mesti sempurna dan tersedia kelengkapa­n barangan kerana banjir boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Menyentuh mengenai bantuan banjir terhadap penduduk terjejas nanti, Wan Azizah berkata bantuan wang ihsan sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah akan diteruskan seperti kelaziman.

Menurutnya sehingga kini bantuan wang ihsan yang telah dibayar pada sehingga 19 Oktober 2018 bagi negeri Kelantan adalah berjumlah RM4.4 juta, Terengganu (RM1.8 juta) dan Pahang (RM1.7 juta).

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan RM320,000 kepada tiga negeri Pantai Timur itu bagi perbelanja­an sekretaria­t jawatankua­sa bantuan bencana dan perbelanja­an operasi jawatankua­sa pengurusan bencana daerah.

“Di Kelantan menerima RM110,000, Terengganu RM90,000 dan Pahang RM120,000,”katanya.

Wan Azizah juga turut menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada untuk menghadapi bencana banjir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Menyentuh mengenai Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan. Lim Guan Eng pada Jumaat, Wan Azizah menafikan dakwaan kononnya kerajaan pusat menganakti­rikan peruntukan terhadap negeri-negeri di Pantai Timur.

“Tidak perlu mana-mana pihak membuat andaian yang tidak benar terhadap belanjawan itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia