Utusan Borneo (Sarawak)

Pembeli rumah pertama hanya bayar 20%, baki ditampung pelabur

-

SEMENYIH: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyelesai­an Pendanaan Awam Hartanah yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 akan memacu pembinaan satu juta buah rumah dalam tempoh 10 tahun seperti dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perdana menteri berkata skim itu, yang pertama seumpamany­a di dunia akan menawarkan kepada pembeli rumah pertama untuk membayar hanya 20 peratus untuk memiliki rumah manakala bakinya ditampung oleh pelabur menerusi kerangka pembiayaan rakan setara.

Ini, katanya akan membolehka­n lebih banyak orang untuk memiliki rumah dengan bayaran minimum, yang boleh dibayar dengan simpanan, pinjaman atau pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

“Mereka boleh pinjam wang dari bank dan wang itu akan dijadikan sumbangan mereka kepada pembelian, cuma 20 peratus sahaja dari harga rumah, yang bakinya akan dibeli oleh pelabur.

“Ia macam REIT ( Real Estate Investment Trust) juga… yang mana sesiapa nak melabur boleh melabur… ini tidak bermakna pelabur akan masuk rumah, tidak, cuma pemilikan sahaja setakat dia labur tetapi rumah itu sepenuhnya dimiliki dan diguna oleh pembeli,” katanya selepas melancarka­n FundMyHome. com, platform digital yang menawarkan skim serupa dengan penyelesai­an Pendanaan Awam Hartanah.

Turut hadir Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari, Pengerusi EcoWorld Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf dan Pengerusi The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong.

Pada Jumaat, Lim semasa membentang­kan Belanjawan 2019 berkata kerangka

Ia macam REIT (Real Estate Investment Trust) juga… yang mana sesiapa nak melabur boleh melabur… ini tidak bermakna pelabur akan masuk rumah, tidak, cuma pemilikan sahaja setakat dia labur tetapi rumah itu sepenuhnya dimiliki dan diguna oleh pembeli. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

pembiayaan Rakan Setara (P2P) yang akan dikawal selia oleh Suruhanjay­a Sekuriti, akan dilaksanak­an pada suku pertama tahun depan untuk pembeli rumah pertama.

Ditanya tentang perlindung­an yang disediakan oleh kerajaan, Dr Mahathir berkata risiko untuk bank memberi pinjaman wang kepada pembeli rumah adalah amat rendah.

“Amaun untuk dipinjam juga amat kecil, jadi bankbank sudah pasti perlu berhati-hari dalam meminjamka­n wang, tetapi kerana ini hanya melibatkan wang pada amaun kecil, peminjam akan mempunyai pendapatan mencukupi untuk membayar balik pinjaman.

“Bahaya orang melarikan diri, tidak bayar pinjaman… jika mereka melarikan diri, rumah itu kosong, jadi anda boleh duduk di rumah itu,” katanya.

Perdana menteri yang menyifatka­n skim itu, awalnya dicadangka­n oleh Tong sebelum diluluskan oleh kerajaan, sebagai ‘hebat’, berkata ia juga boleh menyelesai­kan isu rumah tidak terjual.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir menegaskan kejayaan skim itu akan bergantung pada hasilnya selepas dilaksanak­an sepenuhnya tidak lama lagi.

“Saya mahu lihat rumah itu, saya mahu berjumpa pemiliknya… jika ini berhasil, dengan itu lebih banyak orang akan dapat membeli rumah dan lebih banyak lagi boleh dibina,” katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan komitmen bahawa kerajaan akan cuba berusaha sebaik mungkin untuk membina sejuta rumah seperti dijanjikan, walaupun ia bukan mudah untuk dicapai dengan banyak rumah tidak terjual masa kini yang dibina pada harga tinggi iaitu di luar kemampuan rakyat.

“Buat janji memang mudah, terutama bila pilihan raya, janji apa saja untuk dapat sokongan tapi tunai janji tidak seperti buat janji.

“Sejuta bukan angka kecil untuk rumah, tetapi ini janji kita dan kita akan tunaikan janji untuk bina sejuta rumah dalam jangka masa 10 tahun,” kata perdana menteri.

Sementara itu, Lim berkata persetujua­n terhadap skim itu adalah risiko yang berbaloi untuk diambil dalam usaha bagi menunaikan janji dibuat dalam manifesto untuk membina sejuta rumah dalam 10 tahun.

“Semasa idea ini dikemukaka­n, kami menghabisk­an agak banyak masa untuk mengkajiny­a secara terperinci kerana perdana menteri suka idea ini dan kami mendapati ia boleh dijayakan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengadakan dialog dengan SC dan badan relevan untuk memperinci­kan lagi mekanisme bagi melaksanak­an skim itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Dr Mahathir (empat kanan) ketika melawat kawasan perumahan FundMyHome selepas Majlis Pelancaran FundMyHome di Eco Majestic Semenyih dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (dua kanan), Raja Kamarul Bahrin Shah (kanan) dan Tog (dua kiri).
— Gambar Bernama LAWAT: Dr Mahathir (empat kanan) ketika melawat kawasan perumahan FundMyHome selepas Majlis Pelancaran FundMyHome di Eco Majestic Semenyih dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (dua kanan), Raja Kamarul Bahrin Shah (kanan) dan Tog (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia