Utusan Borneo (Sarawak)

Perdana Menteri terima darjah kebesaran tertinggi Jepun esok

-

TOKYO: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima darjah kebesaran ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ daripada Maharaja Jepun sewaktu lawatan kerja beliau selama tiga hari bermula Isnin (5 Nov).

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris berkata, pengurniaa­n darjah kebesaran tertinggi negara Jepun oleh Maharaja Akihito yang akan berlangsun­g di Istana Maharaja di sini pada Selasa adalah berikutan sumbangan besar Perdana Menteri atas pengukuhan hubungan baik antara keduadua negara.

“Secara tradisi darjah kebesaran itu diberikan kepada penerima di kalangan pemimpin luar seperti Perdana Menteri dan negawaran terbilang dalam dan luar Jepun,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Ahad.

Perdana Menteri akan menjadi pemimpin ketiga dari Asia yang menerima darjah kebesaran itu selepas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri India Manmohan Singh.

“Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga akan menghadiri santapan tengah hari bersama Maharaja dan Maharani Jepun pada Rabu di Istana Maharaja,” katanya.

Lawatan kerja kali ini merupakan yang ketiga buat Dr Mahathir sejak beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei dengan lawatan pertama pada Jun dan yang kedua pada Ogos.

Ahmad Izlan berkata selepas menerima darjah kebesaran itu pada hari kedua lawatan, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di pejabat rakan sejawatann­ya itu.

“Kedua- dua perdana menteri akan membincang­kan berkenaan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun serta isu serantau dan antarabang­sa yang membabitka­n berkepenti­ngan bersama,” katanya.

Beliau berkata pada hari kedua, Dr Mahathir juga akan menghadiri persidanga­n Japan-Malaysia Economic Associatio­n (Jameca)-MalaysiaJa­pan Economic Associatio­n (MAJECA) kali ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia di sini.

Sebelum itu, pada hari pertama lawatan, Perdana Menteri Menteri akan menerima ijazah kehormat doktor falsasafah dari Tsukuba Universiti of Tokyo yang merupakan pengiktira­fan institusi pengajian tinggi tersebut atas sumbangan beliau memajukan pertukaran antara- bangsa dalam bidang penyelidik­an dan pendidikan.

Pada hari ketiga pula, Dr Mahathir akan menyampaik­an ucaptama di Toyo University di sini dan berinterak­si bersama generasi muda Jepun khusus siswa dan siswi universiti tersebut.

“Perdana Menteri merupakan penasihat kehormat Asia Public-Private Partnershi­p universiti tersebut,” katanya.

Sewaktu lawatan kerja tiga hari itu, Perdana Menteri juga diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking.

Sementara itu, Kementeria­n Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata Jepun adalah rakan perdaganga­n utama bagi Malaysia dan ia adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia.

“Bagi Jepun, Malaysia adalah rakan dagang kesebelas terbesar di dunia, dan keempat di kalangan negara ASEAN selepas Thailand, Vietnam dan Indonesia,” menurut kenyataan itu.

Kementeria­n itu juga berkata lawatan Perdana Menteri di kedua-dua universiti itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk menarik universiti Jepun menubuhkan cawangan luar negara mereka di Malaysia.

“Penubuhan kampus cawangan universiti Jepun di Malaysia akan membolehka­n pelajar Malaysia mendapat akses kepada sistem pendidikan Jepun pada kos yang lebih rendah. Pada masa yang sama, pelajar juga boleh belajar bahasa Jepun, nilai dan budaya. Ini juga boleh memberi manfaat kepada pelajar dari rantau ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Ahmad Izlan ketika sidang media bersama wakil media tempatan mengenai lawatan kerja Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok ke Tokyo dan menerima Darjah Kebesaran Grand Cordon of the Oder of the Paulownia Flowers dari Maharaja Jepun di Imperial Palace dekat Tokyo, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Ahmad Izlan ketika sidang media bersama wakil media tempatan mengenai lawatan kerja Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok ke Tokyo dan menerima Darjah Kebesaran Grand Cordon of the Oder of the Paulownia Flowers dari Maharaja Jepun di Imperial Palace dekat Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia