Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar raya, peruncitan dan perhotelan diharap sertai program Bank Makanan

-

KOTA BHARU: Kerajaan mahu lebih banyak pasar raya, peruncitan dan perhotelan di seluruh negara dapat menyertai program Bank Makanan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata program itu akan dilaksanak­an melalui dua fasa iaitu fasa pertama melalui pelaksanaa­n projek perintis yang dimulakan pada Ogos sehingga Disember 2018.

“Manakala fasa kedua iaitu pelaksanaa­n lebih menyeluruh di seluruh negara yang dijangka bermula pada bulan Januari tahun hadapan,” katanya ketika berucap melancarka­n Projek Perintis Program Bank Makanan Malaysia peringkat Kelantan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dr Wan Azizah berkata objektif program itu bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan ber- bentuk makanan dan juga untuk mengatasi pembaziran makanan yang masih elok dan boleh digunakan.

“Kerajaan amat mengutamak­an usaha meringanka­n beban kos sara hidup rakyat terutama sekali golongan kurang berkemampu­an yang berada pada paras garis kemiskinan.

“Golongan ini perlu diberikan bantuan bagi mendapatka­n akses bekalan makanan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringanka­n dan menjimatka­n wang perbelanja­an mereka ke atas pembelian makanan dan wang tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih penting,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata golongan sasar bagi program itu adalah penerima terdiri daripada isi rumah yang berpendapa­tan kurang daripada RM930 sebulan.

“Berdasarka­n maklumat yang diterima melalui e-Kasih terdapat seramai 186,394 ketua isi rumah yang berada dalam paras kemiskinan di seluruh negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Wan Azizah (tengah) mencuba khemah semasa mengadakan lawatan Ke DEPO Jabatan Kebajikan Masyarakat Pengkalan Chepadi Kota Bharu, semalam. Turut hadir Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Said Sidup, Ketua Pengarah NADMA Datuk Mohtar Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharude­an Tengku Feissal.
— Gambar Bernama TINJAU: Wan Azizah (tengah) mencuba khemah semasa mengadakan lawatan Ke DEPO Jabatan Kebajikan Masyarakat Pengkalan Chepadi Kota Bharu, semalam. Turut hadir Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Said Sidup, Ketua Pengarah NADMA Datuk Mohtar Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharude­an Tengku Feissal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia