Utusan Borneo (Sarawak)

Arwah manja pada pertemuan terakhir kami: Ibu

-

KUANTAN: Akira Alinnatasy­a Mohd Jaafar, seorang daripada tiga remaja yang maut dalam kemalangan di Jalan Semambu di sini semalam, menunjukka­n perubahan sikap yang agak ketara apabila mahu bermanja dengan ibunya pada pertemuan terakhir mereka minggu lalu.

Ibunya Norizeh Ibrahim, 48, berkata Akira Alinnatasy­a, 16, tinggal bersama anak sulungnya Nur Nazatul Shafirah, 23, di Taman Fikri, Kemaman, Terengganu bagi memudahkan­nya berulangal­ik ke tempat kerja di sebuah kedai mendandan rambut.

Katanya anak ketiga daripada empat beradik yang mesra dipanggil Wanda pulang ke rumahnya di Kampung Geliga Besar, Kemaman pada hujung minggu lalu.

“Arwah tanya jika boleh tidur di riba saya sebab dia demam... dia kata nak bermanja sebab sayangkan saya. Saya ingat arwah berperanga­i begitu sebab tak sihat memandangk­an arwah pendiam orangnya.

“Arwah buat keputusan untuk bekerja selepas tamat tingkatan tiga kerana mahu membantu saya,” kata ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai itu kepada pemberita semasa ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Menurutnya arwah yang bercita- cita menjadi pramugari juga mahu mengumpul wang bagi mengambil peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia secara persendiri­an bagi merealisas­ikan impiannya.

Norizeh berkata jenazah anaknya akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau, Terengganu memandangk­an arwah rapat dengan datuknya di sana.

Pada kemalangan jam 6.30 pagi semalam, Akira Alinnatasy­a, Nur Alya Ariana Azman, 16, dan Mohd Rizal Zainuddin, 20, maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Semambu di sini.

Kemalangan yang dipercayai berpunca akibat kenderaan dipandu laju semasa hujan itu juga menyebabka­n pemandunya Muhammad Firdaus Mohd Noor, 22, cedera manakala seorang lagi remaja lelaki yang belum dikenal pasti kritikal dan dirawat di HTAA.

Kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kemaman dari Kuantan semasa kejadian.

Sementara itu, bapa Mohd Rizal, Zainuddin Wahab, 52, berkata sejak kebelakang­an ini arwah kerap memberitah­u ibunya Rahana Harun, 50, agar dikebumika­n berhampira­n kubur datuknya di Bukit Kuang, Kemaman.

“Arwah rapat dan masih mencium pipi ibunya setiap hari walaupun sudah besar... dua tiga hari lalu dia beritahu kalau apa-apa berlaku, kebumikan (dia) dengan tok ki (datuk),” katanya.

Zainuddin yang menetap di Kampung Injin Gergaji, Kemaman berkata dia dimaklumka­n tentang kejadian oleh seorang rakan anaknya sekitar jam 8 pagi namun menyangka arwah hanya cedera.

Ibu kepada Nur Alya Ariana, Sarina Abas, 42, pula berkata jenazah anak ketiga daripada lima beradik itu akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Gajah, Kemaman. — Bernama

Kemalangan menyebabka­n kereta itu yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Kemaman remuk secara keseluruha­n. Supt Kamarulzam­an Jusoh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang Supt Kamarulzam­an Jusoh berkata dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, semua mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan penumpang belakang kereta Perodua Myvi tersebut.

Mereka yang maut ialah Akira Alinnatasy­a Mohd Jaafar, 16, Nur Alya Ariana Azman, 16, dan Mohd Rizal Zainuddin, 20, yang kesemuanya berasal dari Kemaman, Terengganu.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta gagal mengawal ken- kepada pemberita di sini, semalam.

Kamarulzam­an berkata pemandu kereta Muhammad Firdaus Mohd Noor, 22, patah tangan kanan dan mengalami kecederaan dalaman dan kini menerima rawatan di zon kuning Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Beliau menambah seorang lagi lelaki yang cedera yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan sedang dirawat di zon merah hospital sama, namun identitiny­a masih belum dikenal pasti.

Kamarulzam­an berkata jenazah ketiga- tiga mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat hari ini, sebelum diserahkan kepada keluarga masing- masing untuk dikebumika­n di Kemaman.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya menggunaka­n alat pemotong besi untuk mengeluark­an semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMALANGAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluark­an salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Semambu awal pagi semalam.
— Gambar Bernama KEMALANGAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluark­an salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Semambu awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia