Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan selepas samun wanita China

-

KEPALA BATAS: Tindakan pantas orang ramai mengejar dua suspek bermotosik­al yang menyamun seorang wanita warga China di hadapan sebuah kedai di Jalan Raja Uda di Butterwort­h, dekat sini kelmarin telah berjaya menahan seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa sedang berjalan kaki di hadapan kedai itu dan tiba- tiba didatangi sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum pembonceng­nya bertindak menarik beg kertas yang dipegang wanita berkenaan.

“Wanita itu bertindak menjerit meminta tolong sebelum orang ramai membantuny­a dan mengejar suspek serta berjaya menahan pembonceng­nya manakala rakannya berjaya melarikan diri.

“Lelaki itu diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi sebaik dimaklumka­n berhubung kejadian berkenaan. Polis merampas barangan milik mangsa antaranya kad kredit, salinan pasport dan sejumlah wang dari suspek,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata susulan penahanan lelaki berusia 29 tahun itu, polis kini giat mengesan rakan suspek yang identitiny­a telah dikenal pasti dan mereka dipercayai terlibat lebih 10 kes samun di sekitar SPU sejak beberapa bulan lepas.

Katanya lelaki yang ditahan itu positif dadah serta mempunyai 13 rekod lampau dan dia kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Noorzainy berkata seorang pemuda tidak sempat meraikan Deepavali Selasa ini apabila maut dalam kemalangan di Kampung Selamat, di sini malam kelmarin.

Katanya T. Seelan, 27, maut selepas motosikal yang ditunggang­nya dari arah Padang Serai, Kedah menuju ke Tasek Gelugor memasuki laluan bertentang­an sebelum sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu seorang wanita ke arah Padang Serai tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa.

“P e l a n g g a r a n i t u menyebabka­n penunggang motosikal tercampak dan cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata wanita berkenaan dan seorang kanak- kanak perempuan yang merupakan penumpang kereta itu turut mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia