Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Antarabang­sa Sungai Melaka sasar 1 juta pengunjung

-

MELAKA: Festival Antarabang­sa Sungai Melaka yang bermula pada 22 Nov hingga 2 Dis depan dijangka menarik kunjungan 1 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata daripada jumlah itu, pihaknya menjangkak­an 30 peratus adalah pelancong asing.

Beliau berkata sasaran itu dilihat mampu dicapai berdasarka­n kejayaan pihaknya menerima kehadiran lebih 600,000 pengunjung pada festival sama tahun lepas.

“Kita yakin bahawa jumlah pengunjung akan bertambah memandangk­an festival ini diadakan pada musim cuti sekolah sekali gus meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada festival kali ke12 ini membabitka­n 24 acara, tujuh daripadany­a merupakan acara bertaraf antarabang­sa termasuk acara ikon iaitu Perarakan Bot Berhias yang akan mewarnai Sungai Melaka dengan memaparkan keunikan budaya masyarakat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai etnik,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Adly berkata Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dijadual merasmikan festival berkenaan pada 24 Nov ini dan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohammaddi­n Ketapi turut dijadual hadir.

“Majlis perasmian itu nanti akan dimeriahka­n dengan persembaha­n artis popular, persembaha­n kebudayaan dan kesenian selain cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik untuk pengunjung selain paparan epik sejarah Melaka.

“Selain itu, pertanding­an Bot Kawalan Jauh, Pertanding­an Perahu Naga, Marathon Antarabang­sa Sungai Melaka, Pertanding­an ‘Mr Body Beautiful’, Majlis Persanding­an dan Pernikahan Perdana dijangka akan mendapat sambutan hebat daripada pengunjung,” katanya. — Bernama TAMPIN: Kekanda kepada Tunku Besar Tampin, Tengku Shazelin Tunku Syed Idrus Al-Qadri mangkat awal pagi semalam akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarha­m, yang merupakan kekanda kepada Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, menghembus­kan nafas terakhirny­a di Hospital Serdang kira-kira jam 1.30 pagi semalam pada usia 58 tahun.

“Jenazah Allahyarha­m telah dikafankan dan dimandikan di Hospital Serdang dan kemudian terus dibawa ke Masjid Jamek Tunku Besar Tampin untuk solat jenazah pada jam 11 pagi.

“Jenazah selamat disemadika­n di Makam Diraja Tampin yang terletak di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin pada jam 11.30 pagi,” kata Pegawai Balai Pejabat Tunku Besar Tampin Mohd Daud Janor kepada Bernama selepas selesai upacara pengebumia­n itu di sini, semalam.

Turut hadir pada upacara pengebumia­n tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dr Razali Ab Malik, Ketua Polis Daerah Tampin Supt Ramli Kasa dan kerabat keluarga.

Tengku Shazelin meninggalk­an suami Syed Khairi Syed Kadir, 60, serta dua anak perempuan dan seorang lelaki berusia 25 hingga 30 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia