Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan B40 dan M40 ambil kesempatan miliki rumah pertama

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor mahu golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) dan sederhana (M40) di negeri ini mengambil kesempatan untuk merebut peluang dalam membuat permohonan pembiayaan pembelian rumah pertama.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar Johor Dzulkefly Ahmad berkata beliau optimis dana RM1 bilion melalui Bank Negara yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 khusus untuk golongan berpendapa­tan bulanan tidak lebih RM2,300 (B40) dan RM5,000 (M40) itu dapat meringanka­n beban rakyat.

“Saya rasa, ini berita gembira untuk pemilik rumah pertama, khususnya rumah mampu milik. Saya berharap khususnya golongan sasaran di negeri ini ambil kesempatan kerana difahamkan dana ini berdasarka­n ‘siapa cepat dia dapat’ kerana selagi ada dana, mereka boleh memohon.

“Jadi, dengan adanya pakej ini dan dana yang tersedia di beberapa bank ia dapat memberi kelegaan kepada rakyat terutamany­a yang mengalami kesukaran untuk mendapatka­n pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai Belan- jawan 2019 yang dibentang Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Jumaat lepas.

D z u l k e f l y b e r k a t a pengecuali­an duti setem sehingga RM300,000 yang pertama bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 juga menunjukka­n keprihatin­an kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Ini suatu tindakan yang sangat membantu terutama mengurangk­an kos pemilikan rumah dan ia sangat baik untuk industri perumahan dalam negara kita mahupun negeri,” katanya.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM4 juta untuk menyelengg­ara dan membaik pulih kuarters kerajaan yang dikenal pasti bagi memastikan kesejahter­aan penjawat awam juga dapat membantu melanjutka­n usia kuarters.

Dzulkefly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar turut menyifatka­n belanjawan pertama dibentang oleh kerajaan PH itu sangat bersesuaia­n dengan keadaan ekonomi semasa.

“Belanjawan ini sangat berimbang khususnya dalam keadaan ekonomi dan kewangan negara yang dibebani dengan hutang, tetapi kerajaan dalam keadaan sebegitu juga telah beri pelbagai insentif kepada rakyat khususnya dalam meningkatk­an jumlah boleh belanja dan pendapatan kepada rakyat.

“Akhirnya nanti, ia sedikit sebanyak dapat membantu merangsang atau merancakka­n ekonomi negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Dzulkefly (kiri tengah) bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Kupang, Rozana Rabani (kanan tengah) dan murid-murid dalam Program Jalinan Kasih dan Hala Tuju Kerjaya anjuran Universiti Teknologi MARA kampus Pasir Gudang (UiTM) di sekolah berkenaan dekat Iskandar Puteri, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Dzulkefly (kiri tengah) bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Kupang, Rozana Rabani (kanan tengah) dan murid-murid dalam Program Jalinan Kasih dan Hala Tuju Kerjaya anjuran Universiti Teknologi MARA kampus Pasir Gudang (UiTM) di sekolah berkenaan dekat Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia